Monday, March 1, 2010

Makan Banyak..

Salam...

Hari ini merupakan hari permulaan kerja setelah saya berehat selama 3 hari bermula hari jumaat yang lepas..Pagi ni,saya pergi kerja dengan menaiki kereta..Apabila tiba sahaja di pejabat,saya buka diary n mendapati bahawa hari ini ada mesyuarat Bahagian Pembangunan Ekonomi jam 9.00AM..

Mesyuarat bermula jam 9.00AM dan tamat pada jam 1.00PM..

Pada sebelah petang,saya didatangi oleh beberapa org usahawan yang bertanyakan tentang pinjaman mudah dan juga kursus anjuran pejabat..layanan diberikan sebaik mungkin..=) tepat jam 4.00PM,saya masuk pantri untuk solat zuhur dan saya ternampak bungkusan MAGGIE perasa ayam..lapar punye pasal,saya masak sebungkus..selesai solat,saya pun menjamah MAGGIE tersebut..

Apabila tamat waktu bekerja,saya dihubungi oleh sahabat saya untuk minum petang di kiosk Bertam..oleh kerana lama tak bersua muka,maka saya pun bersetuju untuk hadir minum bersama..dalam hati,ish,takkan nak makan lagi kot..tak pa,saya pun namau fikir bab makan..cuma ingin minum saja..=)

Apabila sampai saja,secara automatik,saya terorder ayam half...MasyaALLAH..terkejut seketika,tp saya tidak membatalkan pesanan..sampai2 saja makan yang ditempah,saya terus menjamah..Alhamdulillah..kenyang..=)

Cuma tula,Nabi S.A.W pesan,makan apabila kita lapar dan berenti sebelum kenyang..cuma saya rasa,hari ni,saya makan terlalu banyak berbanding hari biasa..herm..

InsyaALLAH,petang besok baru saya akan menjamah makanan semula..hee

No comments: