Wednesday, March 17, 2010

Terkilan

Salam..

Saya merasa sedikit terkilan pada hari ini..Sepatutnya,saya telah berjanji dengan ayah saya untuk mengikutinya ke Kuantan besok bagi menziarahi abang beliau (pak teh saya) akibat strok..tetapi,saya menerima arahan pada petang tadi untuk menyelesaikan beberapa perkara yang agak penting dan perlu disiapkan perkara tersebut selewat2nya hari jumaat...apabila sampai diumah,ayah terus bertanya,

"Apis,macam mana?leh pegi tak?nanti leh tukar2 driver ngan ayah..."

Ish,saya diam seketika..tapi kena jawab gak soalan tu..

"Tak leh lagila ayah.."

Jawab saya ringkas..

Ini adalah kali keberapa ntah,saya tidak mengikut serta apabila diajak untuk kemana2...hal yang sedemikian berlaku kerana kerja yang saya terima tidak henti-henti..

Tak pala,sampai satu masa nanti,saya akan membuat jasa kepada ayah...teringat kata ibu saya sebentar tadi,

"tak pela,nak wat macam mana..dah kerja..selesai dulu keje tu..nanti bila ada rezeki nanti,kita balik sama2.."

Thanks kerana memahami..

Kerja...
Kerja...
Kerja...

Wallahua'lam...

No comments: