Sunday, March 14, 2010

Heal The World..

Salam...

Saya rasa ingin menulis berkenaan dengan bumi kita skarang...semasa dalam perjalanan pulang dari menjaga kursus membaiki telefon bimbit sebentar td,saya melihat,kawasan sawah padi yang dahulunya terbentang luas,sekarang sudah semakin sedikit ekoran diturap n dibuatnya rumah besar2..herm..

Kemudian,dalam masa yang sama,apabila saya mendengar radio,saya dikejutkan dengan isu pembalakan haram tak pernah berkesudahan..apela nak jadi ni...takkan tak ada kesedaran langsung dalam diri mereka tentang perbuatan mereka itu?

Saya pernah terbaca dalam satu keratan akhbar, Hutan Hujan Asia Tenggara sangat penting bagi hidupan semakin berkurangan pada kadar 30% lebih tinggi daripada apa yang kita fikirkan sebelum ini...ini bukanlah satu angka yang direka2 oleh saya..ini adalah berdasarkan laporan dari Rapid Response, Program Alam Sekitar PBB (UNEP). dalam laporan itu juga ada menyatakan bahawa hutan hujan semulajadi Sumatera dan Borneo juga sedang ditebang dengan berleluasa sehinggakan 98 peratus mungkin dimusnahkan menjelang 2022 jika tiada tindakan segera..herm...

Pembalakan haram, didorong oleh permintaan global, menyumbangkan kepada kemusnahan berpuluh juta meter persegi hutan setahun dan dianggarkan lebih 73 peratus pembalakan itu berlaku di Indonesia, tak termasuk di Malaysia dan juga lain2 negara di Asia..

UNEP berkata kira-kira 20 peratus kayu balak diseludup keluar dari Indonesia, bakinya digunakan untuk menyokong industri kayu antarabangsa dan tempatan dan kemudian dieksport ke pasaran antarabangsa oleh rangkaian komersil yang terancang..

Dahla bumi sekarang semakin panas...Hutan2 yang ada ditebang dan semakin banyak kilang2 yang mengeluarkan sisa2 toksid, asap2 yang berbahaya, kimia..perkara2 itu mengakibatkan nipisnya ozon..saya risau bumi akan menjadi lebih panas sekiranya tiada usaha untuk mencegahnya dilakukan..jika saya ada kuasa untuk memerintah, saya akan bagi hukuman yang paling keras kepada orang yang memusnahkan alam sekitar..

Saya teringat akan sebuah lagu MJ, Heal The World, banyak unsur2 nasihat yang bleh kita dapati di dalamnya..bagi saya,secara peribadi, jika usaha untuk melindungi bumi ini tidak dilakukan dari sekarang dan juga tiada usaha dilakukan secara bersama dan bersepadu, tidak mustahil suatu masa nanti, masa depan anak cucu kita akan sengsara..

"Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me"

I LOVE EARTH..

Wallahua'lam...

No comments: