Monday, March 1, 2010

Imej Diri dan Leader..

Salam..

Semakin seronok pula menulis Blog..=) Terima kasih kepada yang sudi membaca..

Di Pejabat tadi,saya didatangi oleh seorang usahawan yang saya fikir usianya dalam 30-an..beliau bertanyakan tentang program kursus..cuma apa yang tak tahan ialah,dia menggelarkan saya ni abang..=) dalam hati,"dah tua rupanya aku ni.." dan saya pun terus menyatakan bahawa tak perlulah berabang2 dengan saya,lalu saya bertanyakan umur usahawan tersebut,dan dia menyatakan bahawa beliau berumur 31 tahun..justeru itu,saya pun bertanya lagi kepadanya,"tuan agak2,umur saya ni berapa?" sambil saya tersenyum..lantas dia menjawab,"tengok muka tu nampak mcm dah 30..." lantas saya tersengih.."Ya ALLAH,tua sangat ka aku nih..." bisik hati kecil ni..saya pun menjawab,"umur saya baru masuk 24 tahun.." dan reaksi usahawan tu seolah mcm tidak mempercayai jawapan yang diberi..hehe..dan perbualan tentang kursus diteruskan..

Setelah selesai,saya fikir,imej saya yang berjambang ni kot yang org leh cakap saya ni umo sedemikian..saya ingin membuang jambang ini..tp nantilah,sampai masa nanti,saya akan buang..cuma skarang ini,masa itu belum sampai lagi..=)

Cerita lain pula,saya teringat semasa saya menjadi urusetia kursus di Pengkalan Hulu yang lalu,saya ada bersembang ngan sorang Bos Kanan saya...jadi, saya ingin berkongsi sesuatu tentang apa yang kami bincangkan pada mlm selepas perasmian kursus tersebut..

Katanya macam ni..

"Dalam kita menjadi leader (ketua) bagi sesuatu organisasi atau apapun pertubuhan,baik organisasi di pejabat dan lain2,parti politik,perkara ni mesti kena ingat,apabila kita wat sesuatu keputusan atau perkara,akan ada orang sebegini:-

1. 10% penyokong kuat, buat pilah apa pun,diorang akan sokong...

2. 40% yang pertama, benda yang elok, diorg sokong...

3. 40% yang kedua, akan ada orng yang banyak soal, antara sokong dengan tak sokong dan

4. 10% lagi, buat pila apa pun, diorang takkan sokong..."

Saya pun termenung....=) namun itulah realitinya..bukan mudah untuk menjadi leader..takkan ada semua orang yang berpuas hati dengan apa yang kita lakukan..

wallahua'lam..

No comments: