Saturday, May 29, 2010

Jemputan Walimatul Urus - Mohon Maaf

Salam...

1. Sepatutnya saya kena menuju ke Sabak Bernam pada minggu ini untuk undangan sahabat saya yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini..

2. Tetapi,oleh kerana kesibukan kerja membuatkan saya terpaksa membatalkan hasrat tersebut..

3. Saya ingin memohon maaf kepada kawan saya tersebut kerana tidak dapat memenuhi undangan tersebut dan saya akan cuba sedaya upaya untuk ke Sabak Bernam pada minggu depan jika TIADA arahan untuk bertugas daripada pengurus bahagian..;)

Sekian,

Wallahua'lam..

Sunday, May 23, 2010

Akan Datang - N8















Dijangka keluar sekitar September 2010..;)
Sekian..
Wallahua'lam..

Monday, May 17, 2010

Kejutan 16 Mei 2010

Salam..

1. Ketika semua orang sibuk meraikan hari guru,saya dikejutkan dengan satu berita yang saya rasa diluar jangkaan saya iaitu moto saya telah dijumpai semula setelah 3 bulan ia di'kidnap'..

2. Ceritanya bermula apabila ada 2 orang polis datang kerumah saya petang semalam dengan tujuan memberi surat 'sapina' yang mana surat tersebut menghendaki saya untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi kes 411 K (kesalahan menyimpan bahan-bahan curi)..polis tersebut menyatakan saya hanya sebagai saksi bagi mengesahkan bahan bukti itu (moto tersebut) merupakan moto saya..yang meng'kidnap' moto saya itu budak lepasan spm..

3. Saya sungguh tidak sangka dan tidak terfikir bahawa moto saya itu akan jumpa kembali..cuma,saya ingin melihat dengan mata kepala saya sendiri,siapakah yang mengambil moto saya itu dan saya nak TABIK hormat dekat dia..21 JUN 2010 akan saya ketahui siapakah budak itu..

Sekian..

Wallahua'lam..

Friday, May 14, 2010

Impian Yang Tidak Kesampaian

Salam..

1. Dahulu,saya punyai cita-cita untuk menjadi seorang imam..imam yang boleh memimpin solat berjemaah, bacaan yasin, dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan..

2. Tapi sekarang yang tinggal hanyalah impian yang tidak tercapai..:) kerana perangai saya sendiri..sewaktu berpeluang kearah itu suatu ketika dahulu, saya tidak berusaha bersungguh-sungguh..saya banyak main..lalai dan leka..tapi apakan daya,masa yang dah berlalu tak leh patah balik..hidup mesti diteruskan..

3. Malam tadi, apabila saya pergi menunaikan solat maghrib berjamaah di masjid badawi kepala batas, terasa kesayuan serta keinsafan yang menusuk dalam jiwa saya..lama sungguh saya tak ke masjid sejak-sejak saya bekerja ni akibat kesibukan kerja yang berpanjangan..saya kagum dengan imam muda yang memimpin solat berjemaah dan juga bacaan yasin..suaranya sedap,bacaan yang sempurna serta beliau merupakan seorang yang hafiz..kagum saya ngan beliau..

4. Manusia hanya mampu merancang dan berusaha..namun, ALLAH adalah sebaik-baik perancang..

Wallahua'lam..

Monday, May 10, 2010

Destinations - Sasaran

Salam..

1. Alhamdulillah..minggu yang sibuk telah selesai..cuma,apa yang saya ingin kongsikan disini ialah mengenai sasaran saya pada tahun 2010..



2. Semasa Kursus Asas Pemasaran di Pengkalan Hulu 2 hari yang lalu, saya tertarik dengan tajuk kecil berkenaan destinations atau dalam bahasa melayunya ialah sasaran..

3. Walaupun tajuk ini dibicarakan sewaktu kursus usahawan, tapi tajuk ini juga rasanya sesuai untuk kita yang bukan terdiri dari kalangan usahawan..terdapat 3 peringkat dalam sasaran ini iaitu yang bawah skali ialah No Goals (tiada sasaran)..kemudian Verbal Goals (ada sasaran,tetapi mereka tidak menulisnya dan tidak bersungguh untuk mengecapi sasaran itu) dan akhir skali ialah Written Goals (sasaran bertulis).






4. Saya rasa saya ingin membuat satu sasaran tahun 2010 saya ini secara bertulis..supaya saya bersungguh-sungguh untuk mengecapinya..My Written Goals for 2010 is Journey to Manchester.

Sekian..

Wallahua'lam..

Wednesday, May 5, 2010

Bla-Bla..

Salam..

1. Saya tidak pasti kenapa blog saya ni orang ramai tidak boleh meninggalkan komen..

2. Minggu ini merupakan minggu yang penuh dengan tugas..semalam dan hari ini, saya melakukan lawatan ke 10 buah syarikat usahawan bumiputera yang berpotensi untuk diterapkan amalan 5'S kepada syarikat mereka..

3. Jumaat, Sabtu dan Ahad pula, Saya terlibat dalam Kursus Asas Pemasaran di Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan..

4. Dan yang terakhir, tolong doakan saya supaya impian saya nak ke Manchester diperkenankan oleh-Nya..

Sekian..

Wallahua'lam..