Salam..
Sebenarnya,bagi saya,muzik ni memainkan peranan dalam hidup seseorang..=) bagi saya,secara peribadi,apabila saya mendengar sesuatu lagu misalannya,pasti saya akan teringat zaman kegemilangan muzik tersebut..
Sebagai contoh,apabila mendengar lagu Rabbani,Hijjaz,Raihan dan lain-lain kumpulan nasyid,pasti saya teringat zaman sekolah menengah di Klang tahun 1999 hingga 2001...=)
Bila saya mendengar lagu UNIC, Mahligai Kasih, saya pasti teringat saat saya kemalangan pada tahun 2005 yang mengakibatkan kecederaan yang teruk di muka dan pergelangan tangan kanan..
tapi itu semua tak penting..saya cuba create satu kenangan yang baru insyaALLAH..=) skarang saya selalu mendengar lagu shimmering horizon dan apabila saya mendengar lagu ini,saya pasti akan teringat pada Follower saya..=) hal yang sedemikian kerana,semasa saya mula2 YM dengannya, saya mendengar lagu tersebut..hee..hampir setiap masa saya mendengarnya..insyaALLAH,10 tahun atau 20 tahun akan datang skalipun,jika saya mendengar lagu ini,saya pasti akan teringat saat perkenalan dengannya...berakhir mcm mana,kita tak tahu..semua ketentuan yang esa..
wallahua'lam..=)
No comments:
Post a Comment