Wednesday, April 28, 2010

PS3 Games - God Of War III


God Of War III - Superb Games!!!



Kratus - Hero utama dalam games ni...

Salam...

1. Sekarang saya menghabiskan waktu malam saya dengan bermain games God Of War III..

2. Games ini merupakan games yang terbaru dan ianya merupakan games yang menduduki tangga pertama di US sekarang...

3. Saya memang meminati games ini sejak dari zaman PS2 lagi dan ini adalah sambungannya..bagi saya,games ini adalah games yang memiliki grafic yang cantik serta jalan ceritanya yang menarik..serupa games Metal Gear Solid 4..

4. Apapun, memang berbaloi saya membeli games ini..

Sekian..

Wallahua'lam..

Wednesday, April 21, 2010

Sibukkan Diri

Salam..

1. Sekarang saya cuba untuk memenuhkan masa-masa terluang yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat..

2. Saya berpendapat apabila kita cuba untuk menyibukkan diri,masalah-masalah bodoh dan remeh tu,kita takkan selalu fikir..bila teringat nak fikir je,kita sibukkan diri,secara automatiknya masalah itu akan hilang..

3. Saya gemar bersukan..semua sukan yang ada,saya cuba untuk main, walaupun sukan yang saya tak penah main pun sebelum-sebelum ni..dulu,badminton pun saya jarang main..dalam setahun tu, adala 3 kali main..

4. Hari isnin, joging..alhamdulillah,2.6 kilometer secara kasarnya saya berjoging pada hari isnin..

5. Hari selasa, latihan ping pong..seperti kebiasaannya pada hari selasa ni,saya akan stay back di pejabat bagi menjalani latihan ping pong..ada seorang jurulatih yang berpengalaman yang bermurah hati menurunkan ilmu kepada saya dan 3 orang kawan saya yang lain..latihan ini selalunya bermula pada jam 8.00pm sehingga 11.00pm..

6. Hari rabu dan khamis, joging..pun 2.6 kilometer secara kasarnya saya berjoging..cari stamina...hehe

7. Hari jumaat, badminton..sebenarnya badminton ni baru 3 minggu je saya main ngan rakan-rakan sepejabat..dari jam 5.30PM hingga 7.30PM..

8. Tetapi, futsal pun saya main jugak..bola padang..ianya bergantung pada kekosongan court dan padang..selalunya bila ada,kawan-kawan tel ajak main,saya akan turun bermain..futsal selalunya bermain di sebelah malam..bola padang plak,petang..

9. Sabtu dan ahad,jika ada kursus,kita kursus..itu kerja yang wajib kita laksanakan..jika tak ada apa-apa program, kita tidur..haha itu dikira sibukkan dirila jugak tu..atau jika rasa bosan, saya akan melepak-lepak menghabiskan masa di shopping compleks..;)

Sekian..

Tuesday, April 20, 2010

Liga Kepala Batas


Salam...


1. Saya cuma nak maklumkan pada kawan-kawan yang membaca blog saya ini bahawa saya akan memasuki pertandingan bola sepak 11 sebelah Kepala Batas..


2. Pasukan yang saya wakili adalah pasukan THAF F.C.


3. Kepada penduduk taman haji abdullah fahim, tolong doakan kami yea..;) kalau ada masa yang terluang tu,datangla memberikan sokongan..


4. Diatas tu adalah jadual perlawanan untuk padang Badawi..



Sunday, April 18, 2010

18 April - Hari Yang penuh Kenangan..

Salam..



1. Saya pun tak tahu nak mula macam mana..

2. Hari ini, saya berasa sangat gelisah..puas saya fikir dari pagi tadi sesudah selesai program di pejabat, kenapa saya gelisah..sampai saja dirumah tengah hari tadi,saya keluar semula ke Jusco Bukit Mertajam..pun saya tak tau apa tujuan saya ke sana..Ibu saya tanya nak pergi mana, jawab saya, jalan-jalan...tu je..huh..

3. Buang masa sorang2 di KFC kat jusco tu,makan ayam 2 ketul,termenung 2 jam sambil layan lagu dengan menggunakan earphone sony baru..XB Bass Blaster..pastu tengok orang lalu-lalang..rileks...

3. Bila sampai di rumah sekitar jam 5.00PM, baru saya teringat sesuatu..hari ini adalah hari lahir seseorang yang saya ******** dulu...so,persoalan kenapa saya gelisah dah terjawab..dah 2 tahun masa itu berlalu..namun ia merupakan kenangan yang paling susah untuk saya lupakan..

4. Dikesempatan yang ada ni, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau yang ke-24, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

5. Sekarang saya dah ok..alhamdulillah..

Sekian..



Change

Salam..

1. Saya akan mengubah konsep penulisan saya.

2. Ini kerana ada di kalangan kawan-kawan saya memberikan komen bahawa blog saya ini terlalu 'berat' untuk dibaca. dan tiada style orang muda.

3. Saya mengambil pandangan itu sebagai satu pandangan yang positif, dan saya akan mengubah corak penulisan saya dalam bentuk point sahaja, sesimple yang boleh, tetapi masih mengekalkan konsep ilmiah.

Sekian..

Wallahua'lam

Belia Pewaris Nusa

Salam..

Baru sebentar tadi saya menghadiri satu program di pejabat saya..program tersebut adalah Program Konvoi Belia Pewaris Nusa anjuran PERDA dan JASA Pulau Pinang..

Memandangkan program tersebut bukan dari bahagian saya, dan sepatutnya saya tak terlibat dalam program tersebut,tetapi saya menerima panggilan dari sahabat saya malam tadi dan beliau meminta saya memimpin bacaan doa bagi mengantikan Ustaz Azhar yang pada yang sama mempunyai program Smart Camp di Pendang, Kedah..Jadi saya hadir bagi memimpin bacaan doa..

Semasa saya sampai di perkarangan pejabat, saya lihat ramai anak muda melayu yang hadir bagi memeriahkan konvoi ini..Alhamdulillah..saya rasa seronok sebab saya pun belia..;) hee..rasanya adala lebih kurang 150 buah motosikal yang ada termasuk motor2 besar..Konvoi bermula dari Ibu Pejabat PERDA menuju ke Kem Bina Negara Balik Pulau ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda/belia tentang perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus berjuang bagi menuntut kemerdekaan daripada penjajah pada masa lalu..Majlis perasmian dan pelepasan konvoi dilakukan oleh Y. Bhg. Datuk Pengurus Besar PERDA..

Saya mendoakan agar perjalanan ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta memberi manfaat sepenuhnya kepada para peserta insyaALLAH..;)

Sekian..

Wallahua'lam...


Thursday, April 15, 2010

Tanah Melayu Yang Semakin Menghilang

Salam...



Hari ini dan semalam ialah hari lawatan pemantauan bagi program bantuan pembungkusan..Bos, saya dan Hazmin masing-masing keluar menjalankan pemantauan ke atas premis usahawan yang terlibat..Cuaca yang panas dan jarak satu tempat ke satu tempat yang ingin dituju juga agak jauh membuatkan saya mengantuk dan cepat letih..



Cuma,apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang membaca blog saya ini ialah,Tanah orang Melayu yang semakin lama semakin hilang..Baru-baru ini,bahagian usahawan PERDA mengadakan satu program taklimat berkenaan 5'S di MPC,Kepala Batas..Taklimat ini juga turut dihadiri oleh sahabat-sahabat saya dari agensi-agensi lain yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan,juga merupakan ahli jawatankuasa induk usahawan bumiputera.



Pada waktu makan tengahari setelah selesai sesi taklimat tersebut,maka kami dari kalangan ahli jawatankuasa duduk bersama dan berborak mengenai isu-isu semasa..Apa yang menarik perhatian saya sewaktu perbualan itu berlangsung ialah tentang penjualan tanah-tanah orang melayu kepada bangsa lain dengan sebegitu mudah..Sebagai contoh, ada satu kawasan yang mana majoriti penduduknya ialah bangsa melayu serta tanah yang ada dahulunya merupakan tanah milik melayu sikit-sikit DIJUAL kepada bangsa lain..Bila dah dijual,maka dibinanya bangunan untuk membuat sarang burung layang-layang..Dari satu,dua buah bangunan kini mencecah puluhan bangunan sarang burung layang-layang sudah naik di kawasan tersebut..



Yang menghairankan kami sewaktu perbualan tersebut ialah,kenapa mereka (orang melayu) tidak berfikir tentang masa depan untuk anak cucu mereka?Saya fikir,mereka yang mudah menjual tanah kepada bangsa lain ini ialah mereka yang inginkan keuntungan yang bersifat sementara..RM300,000 skali jual boleh habis dalam sekelip mata,tetapi tanah milik kita, dijaga, insyaALLAH mampu bertahan sampai ke anak cucu..Tanah merupakan aset yang paling berharga yang mesti dijaga...



Sahabat-sahabat sekalian,di bumi Pulau Pinang ini sendiri, jika kita bertanya tentang perumahan,nak beli rumah di sebelah pulau, paling murah pun untuk rumah teres 2 tingkat hampir mencecah RM300,000 keatas..itu untuk kondo,apartmen..kalau banglo plak,RM500,000 keatas...jika ada kuota untuk bumiputera (kos paling rendah) pun itu hanyalah sekadar diatas kertas..Hakikatnya ialah kita terpaksa membeli rumah yang mahal dan kita takkan dapat harga untuk bumiputera..mana nak mampu untuk orang2 melayu nak beli rumah semahal itu...



Jangan kerana perbuatan kita pada hari ini mengundang kesusahan kepada anak cucu kita di kemudian hari..saya teringat kata seorang kawan saya semasa perbualan tersebut, jangan suatu hari nanti, anak cucu kita datang ziarah pusara untuk membersih kubur serta sedeqah Al fatihah dan seterusnya membaca doa kepada kita bertukar mereka datang kerana marah akibat perbuatan kita pada hari ini lalu mereka kencing atas kubur kita...Nauzubillah..


Sekian sahaja untuk kali ini..

Wallahua'lam...

Tuesday, April 13, 2010

Kalam Syukur

Salam..

Segala puji dan syukur ke hadrat ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang, atas limpahan kasih dan iradat-Nya maka Namau Blog ini berjaya dinaik taraf dan seterusnya dipersembahkan buat semua.. Selawat dan salam, doa & pujian ke atas "Uswatul Hasanah", Nabi Muhammad SAW.. Tetapkanlah kami di atas landasan al-quran yang suci dan sunnah mulia kekasihMu ini. Juga menuruti jejak Ahlul bait, para sahabat , tabi' tabi'iin, waliyullah & solehin hingga ke akhirnya..

Ya Ghafur Ar Rahim, kau ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah usia dan kehidupan kami di dunia yang sementara hinggalah kembali ke alam akhirat yang kekal abadi..AMIN..

Saya disini ingin merakamkan skali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Inaami kerana berjasa dalam pembikinan blog saya ini, dan beliau jugalah yang memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis walaupun adakalanya apa yang ditulis oleh saya agak merapu..Ya ALLAH, kau anugerahkanlah rahmat, hidayat dan sebaik-baik ganjaran buatnya.. insyaALLAH, selagi hayat dikandung badan, saya akan memanfaatkan sepenuhnya blog ini demi kebaikan semua pihak..

Dan, yang terakhir, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 saya yang lain yang turut sudi membaca blog saya ini..terima kasih..

Sekian,

Wallahua'lam...

Monday, April 12, 2010

saja-saja

testing post ......

ok berjalan lancar :)

Saturday, April 10, 2010

Malam Yang Penuh Gelak Ketawa..

Salam..

Pada malam ni,saya berasa sungguh gembira..sebab saya dan kawan-kawan sewaktu sekolah lama duduk bersembang dan lepak2 di sebuah kedai tomyam di kepala batas..antara kawan2 yang hadir ialah naim,khairil syakirin,rodhi hamzah,zulhilmi anowat,abdul hadi dan akmal azhar..mereka semua boleh dikategorikan sebagai kawan2 terdekat dengan saya sewaktu zaman sekolah menengah dulu..

Kami banyak bercerita soal kenangan sewaktu di sekolah dahulu..antara cerita menarik ialah,kena rotan ngan cikgu,bermain bola dan lain2...sepanjang perbualan kami di situ,suasana menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa...mmg seronok..ada satu cerita yang saya paling sukar dilupakan ialah cerita berkenaan sewaktu kelas hafazan..;) mmg menarik..

Saya sememangnya mengingati peristiwa yang berlaku di sekolah dahulu..terlalu indah..semoga apa berlaku pada masa lepas akan terus diingati..

Wallahua'lam..

Wednesday, April 7, 2010

Karenah Memandu...

Salam..

Terima kasih kepada sahabat2 yang sudi membaca..

Kali ini saya ingin bercakap berkenaan etika memandu atau karenah orang membawa kenderaan yang kurang saya gemari..sejak2 motor saya hilang, saya menaiki kereta savvy/kura2 saya untuk berurusan ke mana2 saja..walaupun nak kuar pegi makan roti canai sekeping pun,saya kena naik keta...haha..dan saya menghadapi beberapa situasi yang saya kurang selesa kerap kali berlaku sewaktu saya memandu..dan saya bukanlah pemandu yang bagus sangat,tp sekurang2nya saya tidakla lakukan perkara yang ingin saya nyatakan dibawah :-

Pertama :

Memandu dengan begitu perlahan di waktu pagi..waktu yang orang sibuk nak menuju ke tempat kerja..nak puntual...bukan saya nak kata kita kena bawa laju,tp biarlah kelajuan tu kena gaya..sebagai contoh,ada satu kawasan di permatang pak elong,kelajuan yang boleh dok bawa ialah 60 km/j...tp,setiap pagi,saya mesti akan bertembung dengan sebuah kereta ni,pemandu pmpuan..dia bleh makan angin dengan membawa kelajuan sekitar 30 km/j...naik bosan dok follow...nak potong, double line..bukan disitu saja,ada lagila 2 3 tempat yang berlaku keadaan sebegitu rupa..GERAM..

Kedua :

Apabila nak masuk simpang,tak nak bagi signal..kadang2,nampak keta dia saja sebiji dalam keadaan laju,tp last2 dengan selambanya masuk simpang tanpa memberikan lampu isyarat..kereta saja mahal,tp signal tak reti bagi..keadaan ini berlaku bukan saja kereta,motosikal pun ada...pastu bila masuk simpang wat muka toya...GERAM...

Ketiga :

Jika memandu di waktu malam, keadaan ini selalunya berlaku di atas lebuh raya...ada sesetengah kereta yang mungkin saya kategorikan sebagai 'jakun' memandu kereta dengan membuka lampu tinggi..dahla lampu tinggi,pastu ia guna pula lampu putih (halogen)..dahla ianya dilarang oleh JPJ bagi penggunaannya..pakai tu dahla satu pasal,pastu pi buh lampu tinggi...GERAM...

Keempat :

Keempat ni ialah, bawa kereta sambil cakap telefon n sms...fuh,yang ni sangat2la merbahaya..saya pun menggunakan hp sewaktu memandu,tp saya menggunakan earphone...bila memandu menggunakan hp,kita tak fokus dalam keadaan persekitaran..ini kerana,apabila kita memandu,kita kena peka dan kena ada penumpuan berikutan kemalangan jika nak berlaku,dalam sekelip mata saja bleh berlaku..

so,mcm tula kisahnya...saja nak kongsi cerita ngan kawan2 sekalian...;)


Sekian..

Wallahua'lam...

Sunday, April 4, 2010

I Love Nature...;)





Salam...

I respect the secrets and magic of nature, that's why it makes me so angry when I see these things that are happening, that every second, I hear, the size of a football filed is turn down in the amazon. I mean, that kind of stuff really bothers me.

That's why I write these kinds of statements, U know.. It gives some sense of awareness and awakening and hope to people..

I love the planet, I love trees.. I have this things for trees and the colours and changing of leaves. I love it.. And, I respect those kind of things..

I always listen a MJ music about earth..about protecting the world..;) May ALLAH bless we all..insyaALLAH...

Wallahua'lam..

Saturday, April 3, 2010

Kursus Pembentukan Budaya Kerja Positif

Salam..

Saya berada di Hotel Copthorne, Tanjung Bungah bersama sahabat saya,Hazmin bagi mengurusetiakan program Kursus..Tajuk kursus pada kali ini ialah Kursus Pembentukan budaya kerja positif..

Saya akan berada disini sepanjang 2 hari kursus ini berlangsung...saya rasa sungguh tenang duduk disini kerana pertamanya suasana yang nyaman serta tenang...angin yang sepoi2 bahasa, ditambah plak ngan rimbunan pohon2 di tepian pantai..kedua,intenet serta kemudahan yang lain sangat bagus dan efisien..=)

Masuk minggu ni,dah lima minggu saya tak cuti sabtu dan ahad..=)

Sekian..

Wallahua'lam..

Friday, April 2, 2010

Beza Kenalan, Kawan dan Sahabat...

Bismillah..

Salam...

Pada malam ini,saya tetiba rasa ingin menulis tentang tajuk diatas...tentang hubungan persahabatan..memang ada perbezaan antara kenalan,kawan dan sahabat ni..mungkin ada di kalangan kalian yang sudah mengerti maksud ketiga2 perkataan tersebut...jadi saya ingin mengulas sedikit tentang perkataan ini..

KENALAN - maksudnya ialah orang yang kita kenal secara tidak langsung..sebagai contoh, seseorang yang pernah berurusan dengan kita, kemudian, kita bertemu semula dalam masa yang lain...contoh lain,kenal2 tepi jalan dan sebagainya...dan disapanya salam, hai dan sebagainya...

KAWAN - kawan ni banyak..kawan sepermainan, kawan sepejabat..kawan ni selalunya bersama kita diwaktu senang sahaja..bila kita berduit, ramaila yang mengikut...ramaila disisinya..jika laki,time kacak bergaya,tampan,maka ramaila pompuan2 yang nak jadi kawannya...begitu juga sebaliknya..=) cuba kita test hatinya...buat2 susah sikit..muka berparut ke, sebab kemalangan... mau ke kawan ngan kita?yang mau tula yang bleh pakai...;) yang lebih teruk lagi ialah kawan makan kawan...yang ni cukup bahaya...

SAHABAT - nak cari SAHABAT ni mmglah sesuatu perkara yang sukar..sahabat bermaksud kawan yang bersama kita semasa susah kita dan senang kita..bleh menerima baik dan buruk kita...sentiasa menasihati perkara yang baik..mengambil berat tentang kita...apabila kita susah, dialah disamping kita, mendengar rintihan kita dan sebagainya..itu sebab di zaman Rasulullah, kenalan yang terdekat dengan baginda digelar SAHABAT..tak dipanggil kawan dan kenalan...sebab SAHABAT-SAHABAT Rasulullah sentiasa melindungi baginda, berada disisinya diwaktu susah dan senang baginda..

Nak mencari SAHABAT sekarang adalah satu perkara yang sangat sukar..sehubungan dengan itu, bila dah ada insan yang bergelar SAHABAT ini, maka, hargailah ia...jangan kita menyakiti hatinya..janganlah kita hilangkan kepercayaannya..kerana, nak mencari kawan untuk berseronok ramai...

* Nota : semasa saya menulis ini,saya sambil2 mendengar lagu Phil Collins..Tajuk lagunya ialah Against All Odds..mmg feel habis beb..kalau ada software donlod, kalian carila yea...mmg best..;)

Sekian

Wallahua'lam...