Tuesday, April 13, 2010

Kalam Syukur

Salam..

Segala puji dan syukur ke hadrat ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang, atas limpahan kasih dan iradat-Nya maka Namau Blog ini berjaya dinaik taraf dan seterusnya dipersembahkan buat semua.. Selawat dan salam, doa & pujian ke atas "Uswatul Hasanah", Nabi Muhammad SAW.. Tetapkanlah kami di atas landasan al-quran yang suci dan sunnah mulia kekasihMu ini. Juga menuruti jejak Ahlul bait, para sahabat , tabi' tabi'iin, waliyullah & solehin hingga ke akhirnya..

Ya Ghafur Ar Rahim, kau ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah usia dan kehidupan kami di dunia yang sementara hinggalah kembali ke alam akhirat yang kekal abadi..AMIN..

Saya disini ingin merakamkan skali lagi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Inaami kerana berjasa dalam pembikinan blog saya ini, dan beliau jugalah yang memberikan semangat kepada saya untuk terus menulis walaupun adakalanya apa yang ditulis oleh saya agak merapu..Ya ALLAH, kau anugerahkanlah rahmat, hidayat dan sebaik-baik ganjaran buatnya.. insyaALLAH, selagi hayat dikandung badan, saya akan memanfaatkan sepenuhnya blog ini demi kebaikan semua pihak..

Dan, yang terakhir, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat2 saya yang lain yang turut sudi membaca blog saya ini..terima kasih..

Sekian,

Wallahua'lam...

No comments: