Thursday, April 15, 2010

Tanah Melayu Yang Semakin Menghilang

Salam...



Hari ini dan semalam ialah hari lawatan pemantauan bagi program bantuan pembungkusan..Bos, saya dan Hazmin masing-masing keluar menjalankan pemantauan ke atas premis usahawan yang terlibat..Cuaca yang panas dan jarak satu tempat ke satu tempat yang ingin dituju juga agak jauh membuatkan saya mengantuk dan cepat letih..



Cuma,apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang membaca blog saya ini ialah,Tanah orang Melayu yang semakin lama semakin hilang..Baru-baru ini,bahagian usahawan PERDA mengadakan satu program taklimat berkenaan 5'S di MPC,Kepala Batas..Taklimat ini juga turut dihadiri oleh sahabat-sahabat saya dari agensi-agensi lain yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan,juga merupakan ahli jawatankuasa induk usahawan bumiputera.



Pada waktu makan tengahari setelah selesai sesi taklimat tersebut,maka kami dari kalangan ahli jawatankuasa duduk bersama dan berborak mengenai isu-isu semasa..Apa yang menarik perhatian saya sewaktu perbualan itu berlangsung ialah tentang penjualan tanah-tanah orang melayu kepada bangsa lain dengan sebegitu mudah..Sebagai contoh, ada satu kawasan yang mana majoriti penduduknya ialah bangsa melayu serta tanah yang ada dahulunya merupakan tanah milik melayu sikit-sikit DIJUAL kepada bangsa lain..Bila dah dijual,maka dibinanya bangunan untuk membuat sarang burung layang-layang..Dari satu,dua buah bangunan kini mencecah puluhan bangunan sarang burung layang-layang sudah naik di kawasan tersebut..



Yang menghairankan kami sewaktu perbualan tersebut ialah,kenapa mereka (orang melayu) tidak berfikir tentang masa depan untuk anak cucu mereka?Saya fikir,mereka yang mudah menjual tanah kepada bangsa lain ini ialah mereka yang inginkan keuntungan yang bersifat sementara..RM300,000 skali jual boleh habis dalam sekelip mata,tetapi tanah milik kita, dijaga, insyaALLAH mampu bertahan sampai ke anak cucu..Tanah merupakan aset yang paling berharga yang mesti dijaga...



Sahabat-sahabat sekalian,di bumi Pulau Pinang ini sendiri, jika kita bertanya tentang perumahan,nak beli rumah di sebelah pulau, paling murah pun untuk rumah teres 2 tingkat hampir mencecah RM300,000 keatas..itu untuk kondo,apartmen..kalau banglo plak,RM500,000 keatas...jika ada kuota untuk bumiputera (kos paling rendah) pun itu hanyalah sekadar diatas kertas..Hakikatnya ialah kita terpaksa membeli rumah yang mahal dan kita takkan dapat harga untuk bumiputera..mana nak mampu untuk orang2 melayu nak beli rumah semahal itu...



Jangan kerana perbuatan kita pada hari ini mengundang kesusahan kepada anak cucu kita di kemudian hari..saya teringat kata seorang kawan saya semasa perbualan tersebut, jangan suatu hari nanti, anak cucu kita datang ziarah pusara untuk membersih kubur serta sedeqah Al fatihah dan seterusnya membaca doa kepada kita bertukar mereka datang kerana marah akibat perbuatan kita pada hari ini lalu mereka kencing atas kubur kita...Nauzubillah..


Sekian sahaja untuk kali ini..

Wallahua'lam...

No comments: