Bismillah..
Salam...
Pada malam ini,saya tetiba rasa ingin menulis tentang tajuk diatas...tentang hubungan persahabatan..memang ada perbezaan antara kenalan,kawan dan sahabat ni..mungkin ada di kalangan kalian yang sudah mengerti maksud ketiga2 perkataan tersebut...jadi saya ingin mengulas sedikit tentang perkataan ini..
KENALAN - maksudnya ialah orang yang kita kenal secara tidak langsung..sebagai contoh, seseorang yang pernah berurusan dengan kita, kemudian, kita bertemu semula dalam masa yang lain...contoh lain,kenal2 tepi jalan dan sebagainya...dan disapanya salam, hai dan sebagainya...
KAWAN - kawan ni banyak..kawan sepermainan, kawan sepejabat..kawan ni selalunya bersama kita diwaktu senang sahaja..bila kita berduit, ramaila yang mengikut...ramaila disisinya..jika laki,time kacak bergaya,tampan,maka ramaila pompuan2 yang nak jadi kawannya...begitu juga sebaliknya..=) cuba kita test hatinya...buat2 susah sikit..muka berparut ke, sebab kemalangan... mau ke kawan ngan kita?yang mau tula yang bleh pakai...;) yang lebih teruk lagi ialah kawan makan kawan...yang ni cukup bahaya...
SAHABAT - nak cari SAHABAT ni mmglah sesuatu perkara yang sukar..sahabat bermaksud kawan yang bersama kita semasa susah kita dan senang kita..bleh menerima baik dan buruk kita...sentiasa menasihati perkara yang baik..mengambil berat tentang kita...apabila kita susah, dialah disamping kita, mendengar rintihan kita dan sebagainya..itu sebab di zaman Rasulullah, kenalan yang terdekat dengan baginda digelar SAHABAT..tak dipanggil kawan dan kenalan...sebab SAHABAT-SAHABAT Rasulullah sentiasa melindungi baginda, berada disisinya diwaktu susah dan senang baginda..
Nak mencari SAHABAT sekarang adalah satu perkara yang sangat sukar..sehubungan dengan itu, bila dah ada insan yang bergelar SAHABAT ini, maka, hargailah ia...jangan kita menyakiti hatinya..janganlah kita hilangkan kepercayaannya..kerana, nak mencari kawan untuk berseronok ramai...
* Nota : semasa saya menulis ini,saya sambil2 mendengar lagu Phil Collins..Tajuk lagunya ialah Against All Odds..mmg feel habis beb..kalau ada software donlod, kalian carila yea...mmg best..;)
Sekian
Wallahua'lam...
No comments:
Post a Comment