Sunday, April 18, 2010

Belia Pewaris Nusa

Salam..

Baru sebentar tadi saya menghadiri satu program di pejabat saya..program tersebut adalah Program Konvoi Belia Pewaris Nusa anjuran PERDA dan JASA Pulau Pinang..

Memandangkan program tersebut bukan dari bahagian saya, dan sepatutnya saya tak terlibat dalam program tersebut,tetapi saya menerima panggilan dari sahabat saya malam tadi dan beliau meminta saya memimpin bacaan doa bagi mengantikan Ustaz Azhar yang pada yang sama mempunyai program Smart Camp di Pendang, Kedah..Jadi saya hadir bagi memimpin bacaan doa..

Semasa saya sampai di perkarangan pejabat, saya lihat ramai anak muda melayu yang hadir bagi memeriahkan konvoi ini..Alhamdulillah..saya rasa seronok sebab saya pun belia..;) hee..rasanya adala lebih kurang 150 buah motosikal yang ada termasuk motor2 besar..Konvoi bermula dari Ibu Pejabat PERDA menuju ke Kem Bina Negara Balik Pulau ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda/belia tentang perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus berjuang bagi menuntut kemerdekaan daripada penjajah pada masa lalu..Majlis perasmian dan pelepasan konvoi dilakukan oleh Y. Bhg. Datuk Pengurus Besar PERDA..

Saya mendoakan agar perjalanan ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta memberi manfaat sepenuhnya kepada para peserta insyaALLAH..;)

Sekian..

Wallahua'lam...


No comments: