Sunday, February 28, 2010

Sikap Mudah Percaya Pada Orang Lain

Salam...

Tepat jam 6.15PM,saya bersiap untuk melakukan senaman/riadah petang..setelah solat asar selesai,saya terus keluar menuju ke Kompleks Sukan Bertam, Kepala Batas seorang diri..Sebenarnya baru 2 hari saja saya mulakan semula aktiviti senaman ini..jika tidak,sebelum2 ini,saya isikan masa lapang saya di waktu petang dengan permainan bola sepak ataupun bermain ping pong besama kawan2..namun,saya perlu akui,kawan2 yang lain mempunyai tugas dan komitmen masing2 dan aktiviti-aktiviti sukan yang dinyatakan tadi tak berjalan.

Semasa saya memulakan senaman ringan dan jogging..saya lihat begitu ramai orang yang melakukan riadah samaada riadah bersama keluarga mahupun bersama kawan2..semasa jogging,terlintas beberapa persoalan di fikiran saya ni.."adakah aku ni mudah percaya pada orang lain?" "elok ke aku mudah percaya pada orang lain?"...dan juga "apa sebenarnya yang aku mahu dalam hidup ini?"..

Wallahua'lam..saya pun tak pasti samaada btul ke tidak apa yang bermain di fikiran saya ni..apapun Think Positif..hidup mcm biasa..hehe..

Setelah selesai saya jogging,ketika melakukan senaman ringan, saya didatangi oleh seorang kawan saya dengan muka yang ceria.. rupanya beliau ingin melangsungkan perkahwinan pada 13 Mac ni..=) semoga jodoh kamu berpanjangan dude..

Bilala agaknya masa saya pula?=) wallahua'lam..ALLAH saja yang tahu..

Sekian..

No comments: