Tuesday, November 2, 2010
Dreams Comes True..Alhamdulillah..
1. Alhamdulillah, buat pertama kali sepanjang saya berada di manchester, saya dapat menulis juga.. Saya ingin memanjatkan rasa syukur saya ke hadrat ALLAH kerana dengan izinnya dapat saya menjejakkan kaki ke bumi UK ini.. kepada Ayah dan Ibu,saya merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih diatas restu dan doa dan kata-kata semangat kepada saya..
2. Nanti saya akan upload gamba dari semasa ke semasa..=) Cuma,saya berasa sedikit terkilan kerana, pak lang saya iaitu Dulhisham bin Nordin telah kembali ke rahmatullah pada hari sabtu yang lalu..saya tak sempat nak melihat wajahnya buat kali terakhir.. Buat arwah Pak Lang, saya mendoakan semoga roh pak lang sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. saya akan sentiasa mengingati senyum tawa pak lang, gurau senda pak lang yang bagi saya, tiada gantinya..
Sekian dahulu..
Wallahua'lam..
Saturday, October 23, 2010
Kahwin..
1. Saya baru pulang dari berkonvoi secara bermotosikal (berkuasa kecil) kira-kira jam 4.00PM sebentar tadi.. Konvoi yang disertai kira-kira 55 orang staff dari pejabat PERDA telah mengambil bahagian.. Konvoi Amal PERDA, itulah nama program konvoi tersebut..=) Program ini bertujuan untuk memberikan sumbangan amal kepada anak-anak yatim bertempat di Rumah Anak Yatim At Taqwa, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan..
2. Hee.. Entah kenapa saya terfikir tentang kahwin.. Bermacam-macam persoalan yang timbul di dalam fikiran saya berkenaan dengan perkahwinan ini.. Memanglah, perkahwinan itu merupakan satu sunnah nabi SAW dan hukum asal perkahwinan ini sebenarnya harus, tetapi, ianya boleh berubah menjadi wajib, sunat, makruh dan haram, di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan..
Wajib : Orang yang wajib berkahwin ialah orang yang mampu berkahwin, sedang ia khuatir
terhadap dirinya akan melakukan zina..
Sunat : Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk
berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan
terlarang..
Makruh : Orang yang makruh berkahwin ialah orang yang yang tidak mempunyai
kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan), tetapi,
dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.. Oleh itu, adalah menjadi
lebih baik agar ia tidak melakukan perkahwinan..
Haram : Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan
untuk berkahwin, tetapi kalau ia berkahwin, ianya boleh menimbulkan
kemudharatan kepada orang lain seperti orang itu gila, orang yang suka membunuh
dan sifat-sifat yang lain seumpamanya..
3. Saya tidak tahu saya berada di kategori yang mana satu..=) kerana, CALON pun tak ada lagi.. itu satu hal..lagi satu, HANTARAN yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pihak lelaki.. herm.. apapun, ALLAH dah tetapkan yang terbaik buat saya.. ITU PASTI.. ALLAH maha kaya dan lebih mengetahui tiap-tiap sesuatu..
Sekian..
Wallhua'lam..
Wednesday, October 20, 2010
20.10.2010 - Tarikh yang unik..
1. Tarikh ini bagi saya begitu unik dan jarang-jarang sekali muncul..
2. Jadi, sebentar tadi saya ada membuat satu perkara yang mungkin akan diingati sampai bila-bila..berkenaan dengan pembelian baju MU di OT..kepada seseorang yang comel juga orangnya, dan saya menyatakan hasrat ingin menghadiahkan jersi padanya.. tetapi jawapannya, "tidak mahu"..haha.. soalan ini mungkin akan diingati kerana, jarang sekali saya bertanya soalan untuk menghadiahkan jersi pada wanita..
3. Apapun, MU, always in my heart..=) walaupun sekarang ini permainan mereka agak sedikit mengecewakan..tetapi biasalah, adat permainan.. adakala menang dan ada kalanya kalah..
Sekian..
Wallahua'lam..
Tuesday, October 19, 2010
Nukilan Sebelum Tidur..
1. Rasanya saya ingin berbicara sesuatu sebelum saya tidur.. entah mengapa saya berasa ingin mengemas kini blog saya pada malam ini setelah beberapa ketika, malas menguasai diri saya..=) bukan apa, saya rasa macam ada satu cubaan untuk ke arah negatif yang sedang saya lakukan sekarang.. saya cuba mengawalnya.. doakan semoga saya berjaya mengawalnya..insyaALLAH..
2. Minggu ini, saya akan mengikuti konvoi motosikal (berkuasa kecil) ke Pengkalan Hulu, Perak bagi meraikan anak-anak yatim di sana.. minggu ini merupakan minggu ketiga saya tiada di rumah bagi menyertai aktiviti anjuran pejabat dan sendirian berhad..=)
3. Oh ya, untuk makluman, Isnin yang lalu, saya telah pun memberikan keterangan di mahkamah berkenaan kes kehilangan motosikal saya sejak Februari lalu.. pertama kali dalam sejarah hidup saya berada di kamar dan berhadapan dengan peguam-peguam..satu pengalaman yang sangat berharga..=) alhamdulillah, kesemua soalan telah dijawab dengan baik..
4. Saya fikir, selepas saja bulan 10 ini, saya ingin berehat.. berehat dengan tenang.. =)
Sekian..
Wallahua'lam..
Thursday, October 14, 2010
PHUKET & KRABI
Monday, October 4, 2010
Nantikan Gambar Terbaru..
Wednesday, September 29, 2010
Blogku Yang Berwajah Baru
Tuesday, September 28, 2010
Bulan 10 - Bulan Yang Penuh Keserabutan..
Friday, September 24, 2010
Internet yang bermasalah
1. Dah hampir seminggu rumah saya tidak dapat mengakses internet berikutan sistem akaun saya mengalami masalah..sehubungan dengan itu, semua YM, FB, dan juga email sahabat-sahabat saya tidak dapat dijawab dengan kadar yang segera..
2. Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikan segera isu internet ini..
Sekian..
Wallahua'lam..
Monday, September 20, 2010
Belajar Al Quran..
Salam..
1. Hari ini, saya ingin berkongsi satu perkara tentang apa yang saya belajar suatu ketika dahulu..iaitu tentang Al-Quran, kalamullah.. ALLAH menurunkan Al-Quran kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW untuk membimbing kita.. Turunnya Al-Quran merupakan peristiwa yang besar dan sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi..
2. Sebagai penganut agama ISLAM, kita digalakkan untuk sentiasa membaca dan mendengar Al-Quran kerana, perbuatan tersebut selain dari mendapat pahala, ia juga dijanjikan rahmat oleh ALLAH.. jadi, saya nak berkongsi tentang apa tanggungjawab kita pada Al-Quran..
a. Pertama, Belajar Al-Quran - Bila sebut tentang belajar ini, ia adalah tentang menuntut ilmu..menuntut ilmu ini ibarat lautan, tiada penghujungnya.. jadi, marilah kita sama-sama terokai Al-Quran..
b. Kedua, Memahami Al-Quran - Bila kita membaca Al-Quran, kita kena fahami maksudnya..kerana, membaca Al-Quran itu merupakan santapan rohani..
c. Ketiga, Hayati maksud - Bila kita dah fahami maksud, kita hayati dan renungi isinya..
d. Keempat, menyampai - Bila kita sudah menghayati, kita sampaikan..maksud sampaikan itu ialah berdakwah..
e. Kelima, mempertahankan isi Al-Quran - ini mustahak..kalau kita lihat sekarang, ramai bangsa asing yang bukan berugama ISLAM, sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan politik kotor mereka..
Sekian..
Wallahua'lam..
Friday, September 17, 2010
Hantaran Perkahwinan
Monday, September 13, 2010
13 September 2010
1. Hari ini saya sudah mula bekerja..masuk pejabat pun awal..jam 8am..haha..
2. Dan hari ini, saya rasa begitu seronok sekali, kerana, hari ini, hanya 5 orang sahaja yang masuk kerja..saya dan 4 orang yang lain..
3. Ini kerana, suasana raya masih dirasai dan ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti..
Sekian..
Wallahua'lam..
Thursday, September 9, 2010
Ucapan Selamat Hari Eidul Fitri 1431H / 2010M
Tuesday, September 7, 2010
Ibu & Ayah
Kepulangan Berhari Raya..
1. Hari ini, ayah, ibu serta kedua orang adik saya pulang ke kampung halaman di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menyambut hari raya eidul fitri.. maka, tinggallah saya seorang di rumah..
2. Saya tidak balik bukan kerana saya tidak mahu beraya bersama keluarga, tetapi, ada beberapa urusan yang tidak dapat dieelakkan terpaksa saya lakukan di sini..
Sekian..
Wallahua'lam..
Saturday, September 4, 2010
Percubaan Pertama..
1. Sony a390...baru beli dengan tujuan untuk dibawa bersama ketika melancong nanti..insyaALLAH..=)
2. Gaya Tamumu, seolah-olah dia mengerti saya ingin menangkap gambarnya...=)
3. Tamumu..
4. Sempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-53, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengibarkan jalur gemilang di depan rumah...;)
5. Inilah satu-satunya bunga yang terdapat di halaman rumah saya...;)
6. Kasut bola saya...saja snap,nak belajar untuk menggunakan kamera baru...
Kesemua gambar diatas adalah percubaan pertama saya dalam belajar untuk menggunakan kamera DSLR Sony..hu3..agak teruja untuk menggunakannya..niat saya membeli kamera ini bukanlah untuk menjadi jurugambar pro macam kita semua tengok dalam majalah-majalah tu, tapi, untuk seronok-seronok..tangkap gambar untuk kenangan...=)
Sekian..
Wallahua'lam..
Friday, September 3, 2010
Hati..
1. Hari ini, saya teringin nak berkongsi ilmu tentang hati.. Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan oleh ALLAH.. Hati menjadi tempat untuk ALLAH membuat penilaian terhadap hamba-Nya.. Pada Hatilah terletaknya nawaitu (niat)seseorang..
2. Niat untuk membuat kebajikan akan mendapat pahala,niat sahaja tetapi tak buat lagi,dapat pahala dah.. tetapi, jika kita berniat untuk membuat kejahatan, selagi mana kita tak lakukan kejahatan tersebut, tidaklah kita mendapat dosa..bila buat,baru dapat..
3. Hati perlu dijaga dengan baik agar ianya tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati.. Sekiranya berlaku pada hati keadaan sedmikian rupa, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia.. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat yang berpunca dari hati yang rosak itu..
4. Sayugia itu, hati sudah menjadi satu amanah kepada kita untuk dijaga dan dipelihara sabagaimana kita semua diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari melakukan dosa dan maksiat..
5. Hati yang hitam adalah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa.. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.. itu baru satu dosa.. cuba bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 10000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati itu..
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
" Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.. "
( Hadith riwayat Ibn Majah )
Firman ALLAH Taala yang bermaksud :
" Sebenarnya (ayat-ayat kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan"
(Surah Al-Mutaffifin : Ayat 14)
6. Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras.. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasa.. Ia akan menjadi penghalang masuknya nur iman dan ilmu.. Belajar sebanyak pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalaupun kita faham, kita tidak ada daya dan juga kekuatan untuk mengamalkannya..
7. Perkara yang paling membimbangkan ialah, matinya hati merupakan bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati.. Kegagalan kita dalam menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH di akhirat kelak..
Sekian,
Wallahua'lam..
Tuesday, August 31, 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53
Salam..
1. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke -53..Semoga, kita semua dapat menghayati erti kemerdekaan serta bersatu hati dan tenaga bagi mengekalkan apa telah kita nikmati selama ini..
2. Dan, mari sama-sama kita berdoa ke hadrat ALLAH Taala agar kemerdekaan yang kita kecapi ini berkekalan..amin..
Sekian..
Wallahua'lam
Monday, August 30, 2010
Misi seterusnya..
1. Saya telah berfikir panjang 2 3 hari yang lalu..semuanya berkaitan dengan misi saya seterusnya, iaitu selepas pulang dari Manchester, UK..
2. InshaALLAH, tahun 2012, saya akan mengadakan satu agenda yang besar..sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan misi ini,saya sudah mula menyimpan wang..=)
3. Setiap perkara perlu ada perancangan..disusuli dengan tindakan..diikuti dengan doa..akhir sekali, tawakkal..
Gambar apakah ini? inilah gambar Buck...dalam filem Ice Age 3..
dan...apa kena mengena dengan tajuk misi ini?
tak ada kena mengena apa-apa..saja nak letak..boleh macam tu?haha...
Sekian..Wallahua'lam..
Wednesday, August 25, 2010
Ikan..
Monday, August 23, 2010
Jalan Pengampunan ALLAH itu Maha Luas
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
" Sesungguhnya, Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.."
(Hadith riwayat Al-Tirmizi dinilai oleh Hasan Albani)
1. Saya rasa, semua manusia pasti melakukan dosa...samaada dosa besar mahupun kecil...termasuk diri saya sendiri pun,tidak terlepas dari melakukan dosa..
2. Kadang-kadang saya sering termenung dan berfikir tentang kesilapan yang saya lakukan..bila nak buat, tak mahu beringat...bila dah buat, baru nak menyesal..selalu macam tu..betapa lemahnya iman saya ini..
3. Di sini saya ingin berkongsi tentang sesuatu perkara berkaitan 'Jalan pulang ke Pangkuan ALLAH Sangat Luas'...maksudnya, TAUBAT..TAUBAT Nasuha..
4. ALLAH tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hamba-Nya yang meminta pengampunan.. Pengampunan ALLAH sentiasa diberikan kepada hamba-Nya yang bertaubat kerana rahmat-Nya meliputi segala-galanya..
Firman ALLAH Taala :
"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu.. ALLAH berfirman : Azabku akan aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki, dan rahmatku meliputi tiap-tiap sesuatu, maka aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberikan zakat, serta orang yang beriman kepada ayat-ayat kami..."
(Surah Al-A'raf : Ayat 156)
"Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa (***), sesungguhnya, dialah jua yang amat pengampun, lagi amat mengasihani..."
(***) kecuali dosa SYIRIK seperti yang diterangkan dalam Surah An-Nisa : ayat 48..
(Surah Az-Zumar : Ayat 53)
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :
"Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali"
(Hadith riwayat Ibn Majah : Sahih Al-Jami' 2008)
5. Saya tertarik dengan satu kenyataan yang saya baca berkenaan dengan keistimewaan ISLAM ialah, jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan.. peluang kita untuk kembali ke pangkuan keampunan dan keredhaan ALLAH tidak pernah disekat oleh sebarang masa, jarak waktu, latar diri, keturunan mahupun harta..
6. Afifi Hafiz, ketahuilah, jalan pengampunan ALLAH sentiasa terbuka..
MISTAKE MAKE YOU STRONGER..YOU LEARN FROM THEM, YOU BECOME STRONGER MENTALLY
Sekian
Wallahua'lam..
Asma Allah by Sami Yusuf
1. Ada 2 3 orang pengunjung yang bertanya kepada saya, apakah tajuk lagu yang sedang dimainkan dalam blog saya ini...
2. Jadi, saya nak bagitaula kepada kalian semua,bahawa lagu yang sedang dimainkan itu ialah lagu Asma Allah yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf..Sami Yusuf ini adalah penyanyi British, penulis lagu, Komposer, produser dan accomplished musician...
3. Hensemkan beliau?bagi saya,beliau memang hensem...;) mana idaknye, beliau dilahirkan di Tehran, Iran...saya?lahir di Klang je...manela nak hensem...hehe...lawak je...apapun, mari kita hayati lagu ini..
Sekian...
Wallahua'lam...
Sunday, August 22, 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53
1. Dalam tempoh masa 9 hari lagi, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53..Tetapi saya melihat, sambutan terhadap Hari Kemerdekaan ini begitu suram dan tidak bermaya..entah dimana silapnya, saban tahun, sambutan kemerdekaan semakin dingin..
2. Erti kemerdekaan mungkin berbeza bagi setiap individu di Malaysia..Kemerdekaan juga mungkin memberikan penghayatan yang berbeza di antara belia kini dengan belia dari generasi pra merdeka..
3. Semangat kemerdekaan yang perlu dihayati oleh masyarakat Malaysia khususnya golongan belia bukan sahaja merdeka dari cengkaman penjajah, malah merdeka juga perlu dari segi budaya, agama, ekonomi dan juga pendidikan..
4. Agama haruslah menjadi tunjang utama kepada masyarakat bagi mengekalkan kemerdekaan negara dan diikuti oleh pendidikan.. nilai-nilai agama yang murni serta pendidikan yang sempurna mampu membawa negara ke puncak kejayaan.. Oleh itu, marilah kita sama-sama mementingkan nilai-nilai agama dan pendidikan ini dalam kehidupan..
5. Perjalanan perjuangan kita masih jauh lagi.. masih banyak yang perlu kita lakukan..matlamat kita adalah untuk menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuan kita sendiri, sebuah negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan yang gemilang untuk rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.. saya amat yakin dan percaya bahawa, matlamat ini tidak mustahil untuk dilaksanakan jika setiap dari kita (rakyat Malaysia), bersatu hati, dan bersatu tenaga, mengetepikan segala perbezaan dan prejudis yang ada dan bangkit sebagai rakyat yang memiliki ketahanan bagi menghadapi segala musuh dan cabaran..
6. Tidak ada warga lain yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya dari warga yang lain di tanah air ini.. negara ini adalah milik kita bersama.. Jatuh bangun,dan maju mundur negara ini, kita bersama yang menentukannya..
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-53...
Sekian..
Wallhua'lam..