Friday, September 3, 2010

Hati..

Salam..

1. Hari ini, saya teringin nak berkongsi ilmu tentang hati.. Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan oleh ALLAH.. Hati menjadi tempat untuk ALLAH membuat penilaian terhadap hamba-Nya.. Pada Hatilah terletaknya nawaitu (niat)seseorang..

2. Niat untuk membuat kebajikan akan mendapat pahala,niat sahaja tetapi tak buat lagi,dapat pahala dah.. tetapi, jika kita berniat untuk membuat kejahatan, selagi mana kita tak lakukan kejahatan tersebut, tidaklah kita mendapat dosa..bila buat,baru dapat..

3. Hati perlu dijaga dengan baik agar ianya tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati.. Sekiranya berlaku pada hati keadaan sedmikian rupa, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia.. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat yang berpunca dari hati yang rosak itu..

4. Sayugia itu, hati sudah menjadi satu amanah kepada kita untuk dijaga dan dipelihara sabagaimana kita semua diamanahkan untuk menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya dari melakukan dosa dan maksiat..

5. Hati yang hitam adalah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa.. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati.. itu baru satu dosa.. cuba bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 10000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati itu..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

" Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat, akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya.. Jika dia tidak bertaubat, maka titik hitam itu akan terus merebak sehingga seluruh hatinya menjadi hitam.. "
( Hadith riwayat Ibn Majah )

Firman ALLAH Taala yang bermaksud :

" Sebenarnya (ayat-ayat kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan"
(Surah Al-Mutaffifin : Ayat 14)

6. Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras.. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasa.. Ia akan menjadi penghalang masuknya nur iman dan ilmu.. Belajar sebanyak pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalaupun kita faham, kita tidak ada daya dan juga kekuatan untuk mengamalkannya..

7. Perkara yang paling membimbangkan ialah, matinya hati merupakan bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan.. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati.. Kegagalan kita dalam menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan oleh ALLAH di akhirat kelak..

Sekian,

Wallahua'lam..

No comments: