Salam..
1. Saya ingin berkongsi tentang kedudukan ibu & ayah dalam Islam.. setelah saya membelek2 dan membaca satu blog kawan-kawan lain, saya tertarik untuk berkongsi tentang kedudukan ibu & ayah kita semua di sisi Islam..
2. Jika kita semua melihat dari segi keadaan anak-anak pada hari ini, ramai dikalangan anak-anak yang seringkali membelakangkan ibu dan ayah dengan mendahulukan insan-insan lain seperti kekasih hati mahupun sahabat...
3. Tidak kurang juga, ada segelintir anak-anak yang melarikan diri kerana insan lain.. Apakah erti kehadiran insan yang bergelar ibu ayah dalam hidup mereka? apakah yang kita telah lakukan bagi menghargai jasa ibu ayah kita? mereka sama sekali tidak pernah mengharap emas permata sebagai ganti dengan apa yang mereka lakukan selama mereka membesarkan kita.. Hati ibu ayah juga seringkali dilukai..tetapi, kasih dan sayang mereka terhadap kita tidak pernah luntur..
4. Kadang-kadang, apabila kita baca di dada akhbar, anak membuang ibu atau ayah di rumah orang-orang tua, kemudian lebih menyayatkan hati lagi, anak terbabit tidak mengaku bahawa mereka itu orang tuanya.. apa salah mereka? cuba kita renungkan sewaktu anak tersebut masih kecil, si ibu sanggup tidak makan kerana nak meninggalkan makanan buat anak-anaknya manakala si ayah pula, sanggup berhempas pulas membanting tulang mencari rezeki bagi menyara keluarganya, akhirnya, anak yang dibesarkan itu membuang mereka..dimanakah sifat kasih dan sayang anak-anak itu terhadap orang tuanya?
5. Namun begitu, masih ramai lagi dikalangan anak-anak yang masih menyayangi ibu ayah mereka, menghormati ibu ayah dan sentiasa mendoakan kesejahtaraan mereka selalu..alhamdulillah..
6. Di bawah ini adalah sekadar peringatan dan renungan buat kita, anak-anak, tentang kedudukan ibu ayah dalam ISLAM..
Pertama : Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibu ayah.
" Daripada Abdullah bin Umar Radhiallahu anh', beliau berkata, Sabda Rasulullah SAW (yang bermaksud) : Keredhaan ALLAH terletak pada keredhaan ibubapa, manakala kemurkaan ALLAH terletak pada kemurkaan ibu bapa.. "
Hubungan anak dengan ibu & ayah memberikan kesan dalam hubungannya dengan ALLAH.. Taatilah ibu ayah selagi mana ia tidak bercanggah dengan syariat.. Sebagai contoh, Ibu dan ayah menyuruh kita pergi merogol orang ke, beli arak ke, ambil dadah ke dan mana-mana arahan yang cenderung ke arah maksiat, maka kita tidak perlu mentaatinya...
Kedua : Derhaka pada ibu & ayah merupakan satu dosa besar.
Derhaka itu membawa makna yang cukup luas untuk kita bicarakan disini..Sedarkah kita semua, dengan hanya meninggikan suara sahaja kepada ibu dan ayah, dan membiarkan mereka sendirian ketika mana mereka memerlukan kita adalah antara cabang derhaka seorang anak kepada ibu bapanya? itu baru meninggi suara dan tidak memperdulikan mereka dan dianggap derhaka, bagaimana pula jika anak-anak menyepak terajang dan memukul insan yang bergelar ibu bapa?
Ketiga : Ibu lebih utama dari Ayah
Abu Hurairah Radhiallahu anh' berkata :
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW lalu bertanya :
"Ya Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?
Baginda menjawab : IBU kamu..
dia bertanya lagi : kemudian siapa?
Baginda menjawab : IBU kamu..
dia bertanya lagi : kemudian siapa?
Baginda menjawab : IBU kamu
dia bertanya lagi : kemudian siapa?
Baginda menjawab : Ayah kamu.."
Mari kita lihat, kenapakah ibu mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding ayah : -
a. Kesusahan yang ditanggung ibu sewaktu mengandung dari segi fizikal mahupun mental.
b. Proses pembesaran janin yang dirasai oleh ibu.
c. Tahap yang paling berat ialah tahap sewaktu mana ia ingin melahirkan anak tersebut.. Namun begitu, perkara inilah yang paling menggembirakan bagi insan yang bergelar ibu..
d. Setelah melahirkannya, ibu merupakan insan yang paling rapat dan merupakan insan yang memahami keperluan anaknya.. Seorang ibu punyai naluri yang kuat mengenai anaknya..
e. Ramai anak yang cenderung untuk menderhaka kepada ibunya, kerana, walaupun segarang mana ibu tersebut, didalamnya penuh dengan lemah lembut..
Keempat : Menggembirakan ibu & ayah.
Hati ibu dan ayah perlulah dijaga.. Gembirakanlah mereka dengan perkara-perkara yang tidak melanggar batas agama.. Contohnya, kejayaan anak didalam bidang akademik, atau kejayaan yang mampu membuatkan mereka tersenyum.. malangnya, terdapat segelintir anak-anak yang telah berjaya dididik, akhirnya sanggup tidak mempedulikan mereka.. sempena musim perayaan ini, kebanyakan ibu dan ayah menanti anak mereka untuk pulang ke kampung, tetapi penantian mereka tidak dihargai oleh si anak.. Hal yang sedemikian membuatkan hati mereka terluka..
Kelima : Wajib meminta izin kepada ibu & ayah, walaupun dalam hal ugama.
Apapun yang kita hendak lakukan, mintalah izin daripada mereka.. namun begitu, jika perkara yang hendak dilakukan itu ditegah oleh syarak seperti meminum arak, maka, tak perlulah minta izin..sebab memang kita semua dah sedia maklum, minum arak ini hukumnya haram..
Keenam : Kehinaan anak yang gagal membuat baik terhadap ibu dan ayah yang telah lanjut umurnya.
Sebenarnya, apabila ibu & ayah kita semakin lanjut usia, semakin mudahlah untuk anak-anak untuk masuk ke syurga.. Apabila ibu & ayah kita semakin cerewet, semua perkara yang kita buat tak kena, itu semua merupakan satu cabaran (kepada anak-anak) ekoran tahap kesihatan mereka yang semakin berkurangan..
Ketujuh : Jangan sesekali membenci dan memutuskan hubungan dengan ibu & ayah.
Perkara ini ditentang terus di dalam ISLAM.. Hubungan anak dengan kedua ibu ayah TIDAK SESEKALI akan terputus...
Kelapan : Doa ibu & ayah pasti dimakbulkan.
Rasulullah SAW bersabda : 3 jenis doa yang dimakbulkan oleh ALLAH, tanpa diragui, ialah yang pertama, orang yang dizalimi, doa orang sedang di dalam perjalanan (musafir) dan doa orang tua ke atas anaknya..
Oleh itu, beruntunglah bagi mereka yang mempunyai ibu bapa..Setiap kata-kata mereka umpama doa.. Shubungan dengan itu, ibu ayah juga perlu memanggil nama anaknya dengan nama & gelaran yang baik..
Kesembilan : Doa anak kepada ibu ayah.
Anak-anak perlulah sentiasa mendoakan untuk kesejahteraan ibu & ayahnya.. kerana, tiada siapa yang hendak mendoa kedua ibu kita sendiri, melainkan anak-anaknya sahaja..=)
Kesepuluh : Ibu & ayah berhak memilih pasangan hidup buat anak mereka.
Memang kita semua sedia maklum, ibu & ayah tidak mempunyai kuasa untuk menentukan pasangan hidup untuk anaknya.. tetapi, redha dan restu ibu & ayah itu perlu bagi menjamin kesejahteraan di dalam sesuatu keharmonian rumahtangga yang bakal dibina oleh anaknya.. perkara pokoknya ialah, jangan membelakangi mereka (ayah & ibu) dalam hal ini..
7. Saya sengaja menggunakan istilah ibu & ayah kerana, di rumah, saya memanggil kedua ibu bapa saya dengan panggilan ayah dan ibu..=) seperkara lagi, hargailah ibu dan ayah kita sementara mereka masih ada...sayangilah dan berbaktilah kepada mereka sengan sebaik mungkin..kerana, apabila merekda sudah tiada, barulah timbul rasa sedih di hati, kerana merekalah satu-satunya ayah dan ibu yang kita miliki selama ini..
8. Kepada kawan-kawan yang mempunyai pandangan atau komen, bolehlah menghantar komen yea..janganlah rasa segan dan silu pula..yang negatif pun saya terima..kerana, kita semua belajar daripada kesilapan..
Sekian..
Wallahua'lam..
No comments:
Post a Comment