Friday, September 17, 2010

Hantaran Perkahwinan

Salam..

1. Entah kenapa saya terfikir soal kahwin pada pagi yang mulia ini..

2. Jadi, saya ingin berbicara berkenaan dengan hantaran perkahwinan.. bagi saya, apabila seseorang yang telah menyatakan hasrat ingin berumahtangga, bermakna, dia telahpun bersedia.. kerana, dia mempunyai keinginan untuk berumahtangga dan tahu tanggungjawab yang perlu dipikul nanti..

3. Sebenarnya, proses perkahwinan tidaklah sukar jika adat-adat yang membelenggu.. contohnya, adat meminta sejumlah nilai wang hantaran, mengadakan banyak majlis seperti majlis bertunang, nikah kenduri dan bertandang serta sambut menantu.. saya juga bukanlah menolak 100% adat orang melayu kita, tetapi, ada juga adat yang boleh kita pakai jika kena dengan syariat ISLAM.. sebagai contoh, adat merisik.. merisik ini bertujuan untuk mengetahui adakah si gadis sudah berpunya atau belum.. adat merisik ini perlu agar kita tidak meminang tunang orang lain.. susulan dari itu, barulah adat meminang oleh ibu ayah bagi menyatakan hasrat ingin menjadikan si gadis sebagai menantu untuk anak teruna dan juga sebagai satu ikatan sementara menanti hari menikah..

Daripada Abu Hurairah Radhiallahuanh', sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan.. "adakah kamu telah melihatnya (perempuan itu)? jawab lelaki itu kepada rasulullah, "tidak".. lalu rasulullah menjawab, "pergilah kamu melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan..."

(Hadith riwayat Tarmizi dan Nasai)

4. Maka, dalam masa bertunang ini, pasangan boleh berkenalan.. sebagai melahirkan rasa kasih sayang apabila menjelang hari pernikahan.. bertunang ini memberi peluang kepada kita untuk ta'aruf (berkenalan) dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau kahwin..

5. Semasa proses meminang, selalunya ibu bapa bagi pasangan lelaki atau wakil, akan bertanya dan berbincang berapakah nilai wang hantaran yang diinginkan oleh pihak perempuan.. bagi ibu bapa perempuan yang memahami dengan syariat ISLAM, mereka langsung tidak meletakkan sebarang nilai..

6. Ada pula sesetengah ibu bapa yang meletakkan sejumlah nilai kepada anak perempuan mereka berdasarkan tahap pendidikan dan pekerjaan.. jika anak berkelulusan SPM, macam ini nilainya (wang hantaran).. jika anak berkelulusan ijazah, macam ini pula nilainya, jika master, phd, mcm ini pula nilainya.. itu belum tengok dari segi aspek kerjaya lagi.. kalau perempuan tersebut dari kalangan pensyarah ke, doktor ke..nilainya lain dan lebih tinggi dari yang kerja kilang.. kenapa perlu ada nilai-nilai yang perlu ditetapkan??

7. Ada pula sesetengah ibu bapa yang memberikan alasan bila ditanya kenapa terlalu mahal hantarannya bagi anak mereka yang berpendidikan tinggi? jawab mereka, duit dah banyak keluar nak bagi anak mereka sampai ke tahap itu.. saya hairan dan pelik, bukankah itu sudah menjadi tanggungjawab dan menjadi kewajipan mereka dalam mendidik anak-anak?

8. Bila keluarga perempuan meletakkan harga tinggi, akan ada penawaran dari keluarga pihak lelaki.. pulak... dah jadi mcm sesi jual beli pula.. ini bukan sesi jual beli barang, ini soal nak membina keluarga, membina masjid.. cuba kita renung, kalau di pihak lelaki tidak ada membuat penawaran harga, sebab nak juga pada anak mereka dan, dalam masa yang sama, lelaki itu tidak mampu dan diluar jangkauan dia.. bila kata tak mampu, hah, ibu bapa perempuan itu jawab "kalau nak anak kami, mestilah bersungguh-sungguh adakan nilai hantaran yang kami minta itu.." pada pengamatan saya, mestilah lelaki itu nak kepada anak dia, tetapi, nak bersungguh macam mana lagi jika lelaki itu bekerja dengan nilai gaji RM2000 sebulan, bayar duit kereta, katakan RM500, sewa rumah RM200, petrol untuk sebulan, RM300, makan minum sendiri (1 hari RM15) sebulan dah jadi RM450..tanggungjawab bantu mak ayah RM300.. berapa baki yang nak menabung?

9. Konon nak uji lelaki itu kot.. adakah dia bersungguh-sungguh mahukan anaknya, kalau lelaki itu bersungguh, pasti dia akan berusaha.. nak usaha macam mana, jika rezeki secupak, takkan dalam masa yang singkat jadi segantang kecuali, merompak dan menyamun.. atau, nak suruh bakal menantu tu hutang? bagi saya, mana-mana ibu bapa yang meletakkan hantaran yang tinggi itu sebenarnya, mahu menyusahkan anak menantu selepas berkahwin.. sebab, lepas kahwin, anak menantu tersebut terpaksa menjelaskan hutang..

10. Hal yang demikian berlaku kerana, mereka bimbang mereka malu dengan masyarakat jika nilai wang hantaran untuk anaknya rendah.. seolah-olah tiada harga.. ini satu masalah yang perlu diperbetulkan.. di mana nilai seorang muslimah itu? bagi saya, nilai seorang muslimah itu bukanlah merujuk kepada jumlah wang hantaran yang diminta atau diberikan kepada lelaki.. bagi saya, nilai muslimah BUKAN dinilai berdasarkan nilai wang..
11. Rasanya, setakat ini saja dahulu penulisan saya... saya tahu, pandangan saya ini hanyalah pandangan yang tidak memberikan kesan kepada sesiapa.. ini hanya lebih kepada perkongsian ilmu.. sebenarnya, nak mendirikan rumahtangga ini adalah satu proses yang cukup mudah.. akhir kalam, jumpa lagi..
Sekian..
Wallahua'lam..

5 comments:

Fath_n!e$@ said...

tak lama lagi taman ni ada kenduri la nampak nyer....(~_~)

Afifi Hafiz said...

insyaALLAH...doa2la yea niesa...hak3..

Fath_n!e$@ said...

ngah doa la ni....nak tunggu "org lain" lambat lgi jer....(~_^)

Afifi Hafiz said...

insyaALLAH,saya akan mencari wanita yang mempunyai keluarga yang tidak meletakkan sebarang nilai hantaran bagi hajat untuk mendirikan rumahtangga ini..=) hantaran itu hadiah..setakat mana yang saya mampu, saya bagi..insyaALLAH..

TenangSudey said...

Respon Ustaz Azhar dan User Facebook Mengenai Nilai Hantaran Kahwin Wanita .