Thursday, October 14, 2010

PHUKET & KRABI

Salam...

1. Pada 1-3 Oktober yang lalu, saya dan kawan-kawan sepejabat saya telah mengadakan satu lawatan ke Phuket dan Krabi.. Lawatan ini dilakukan secara backpacker.. Memang pada awalnya perjalanan kami ini mengalami sedikit masalah, bukanlah masalah sewaktu didalam perjalanan, tetapi masalah dari susunan tempat yang ingin dilawati pada hari pertama sahaja.. manakala hari kedua dan ketiga berjalan dengan lancar dan sempurna.. Alhamdulillah..

2. Jadi,tanpa melengahkan masa, saya ingin berkongsi sedikit gambar kenangan sepanjang kami berada di sana..












3. Inilah sebahagian daripada gambar-gambar semasa hari pertama kami di Phuket.. Masa mula2 sampai, kami bersiar-siar di Pantai Patong, yang mana kalau kawan-kawan semua ingat, masa berlakunya tsunami dalam tahun 2004 kot, disitulah air naik.. kemudian, kami semua dibawa untuk menaiki gajah.. yang menariknya, bila kami semua menaiki gajah itu, bukanlah dibawa ronda seperti dalam zoo melaka tu, tetapi kami dibawa mendaki bukit bersama-sama gajah tersebut.. memang mencabar..
4. Kemudian, pada waktu petangnya pula, kami semua pergi ke pantai yang mana kita boleh melihat matahari terbenam..orang disitu panggil pantai sunset..memang cantik pantai tersebut dengan suasana yang permai, pemandangan yang indah dan mendamaikan..tetapi, kami pergi waktu mendung, jadi, takla nampak matahari tu.. kelam sajala..he he he.. tapi, kami semua masih dapat melihat pemandangan yang indah...
Sekian sahaja..
Wallahua'lam..

No comments: