Thursday, September 9, 2010

Ucapan Selamat Hari Eidul Fitri 1431H / 2010M


Salam..

1. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1431H/2010M kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia dan saya berharap kita semua dapat berhari raya pada kali ini dalam keadaan aman,tenang serta dapat membuat lawatan ke rumah keluarga, sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim..

2. Tetapi, yang paling utama sekali bagi saya ialah, apabila kita memandu di jalan raya, janganlah terlalu gopoh dan tergesa-tergesa, pandulah dengan perlahan dan tenang.. yang penting, kita sampai ke destinasi yang dituju.. bukan soal cepat mahupun lambat.. jangan kerana nak cepat sangat, kita, tak sampai langsung..

3. Ini kerana, setiap tahun, kita semua berasa sedih kerana, tiap-tiap tahun, beratus kemalangan berlaku kerana hari raya.. ini bukan tujuan hari raya..

4. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf, zahir dan batin.. semoga kedatangan Syawal pada kali ini juga meningkatkan iltizam dan semangat kita untuk terus beribadah kepada-Nya..
Jika ada yang ingin bertandang ke rumah saya, eloklah sekiranya kawan-kawan sekalian dapat memberitahu saya terlebih dahulu..=)

Sekian..

Wallahua'lam..

7 comments:

chan ho nam said...

hari raya hari yang penuh keceriaan.jgn jd hantu raya

Afifi Hafiz said...

terima kasih..jemput datang ke rumah aku yea...;)

i.n.a.a.m.i said...

selamat raya :)

MenuLisLah DeMi ANakmU said...

slamat hari raye maaf zahir dan batin...kalo ada silap dn salah harap dimaafkan...Nnti mai la umah ajak kawan2..

Unknown said...

yg uat ucapan diatas adalah aku Atoq..

Anonymous said...

salam dari sweden, selamat hari raya maaf zahir batin buat encik hafiz dan keluarga.moga syawal kali ini membawa seribu rahmat buat encik hafiz.. ^_^

Afifi Hafiz said...

terima kasih atas ucapan selamat hari raya...semoga terus bergembira..=)