Monday, August 23, 2010

Jalan Pengampunan ALLAH itu Maha Luas

Salam...

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya, Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.."
(Hadith riwayat Al-Tirmizi dinilai oleh Hasan Albani)

1. Saya rasa, semua manusia pasti melakukan dosa...samaada dosa besar mahupun kecil...termasuk diri saya sendiri pun,tidak terlepas dari melakukan dosa..

2. Kadang-kadang saya sering termenung dan berfikir tentang kesilapan yang saya lakukan..bila nak buat, tak mahu beringat...bila dah buat, baru nak menyesal..selalu macam tu..betapa lemahnya iman saya ini..

3. Di sini saya ingin berkongsi tentang sesuatu perkara berkaitan 'Jalan pulang ke Pangkuan ALLAH Sangat Luas'...maksudnya, TAUBAT..TAUBAT Nasuha..

4. ALLAH tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hamba-Nya yang meminta pengampunan.. Pengampunan ALLAH sentiasa diberikan kepada hamba-Nya yang bertaubat kerana rahmat-Nya meliputi segala-galanya..

Firman ALLAH Taala :

"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu.. ALLAH berfirman : Azabku akan aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki, dan rahmatku meliputi tiap-tiap sesuatu, maka aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberikan zakat, serta orang yang beriman kepada ayat-ayat kami..."

(Surah Al-A'raf : Ayat 156)

"Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa (***), sesungguhnya, dialah jua yang amat pengampun, lagi amat mengasihani..."

(***) kecuali dosa SYIRIK seperti yang diterangkan dalam Surah An-Nisa : ayat 48..

(Surah Az-Zumar : Ayat 53)

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

"Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali"

(Hadith riwayat Ibn Majah : Sahih Al-Jami' 2008)

5. Saya tertarik dengan satu kenyataan yang saya baca berkenaan dengan keistimewaan ISLAM ialah, jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan.. peluang kita untuk kembali ke pangkuan keampunan dan keredhaan ALLAH tidak pernah disekat oleh sebarang masa, jarak waktu, latar diri, keturunan mahupun harta..

6. Afifi Hafiz, ketahuilah, jalan pengampunan ALLAH sentiasa terbuka..

MISTAKE MAKE YOU STRONGER..YOU LEARN FROM THEM, YOU BECOME STRONGER MENTALLY

Sekian

Wallahua'lam..

5 comments:

Afifi Hafiz said...

Saya mohon kawan-kawan yang ada maklumat/perkongsian ilmu,bolehlah tambah-tambah yea...insyaALLAH,bolehlah kita sama-sama belajar...

Fath_n!e$@ said...

Learn from mistake..remember that? hurmm. semua org pernah melakukan kesilapan secara verbal or non-verbal, sedar mahupun tak sedar.. begitu jugak dgn myself. Allah tidak kejam menghukum hamba-Nya yg sentiasa lalai. Jalan dan pintu taubat sentiasa terbuka. Cuma kita saja antara mahu atau tidak untuk ke arah itu iaitu BERTAUBAT.

Afifi Hafiz said...

yup...saya tulis ni bukan apa,sebab nak ingatkan diri saya sendiri bahawa pintu pengampunan ALLAH itu sentiasa terbuka luas...saya dosa begitu banyak skali...bila saya tengok balik firman ALLAH, betapa pengasihnya dia kepada hamba-Nya...banyak mana dosa kita semua, jika kita bertaubat nasuha, dengan syarat, tidak mengulangi perbuatan itu, InsyaALLAH...dengan izin-Nya, akan diampunkan...

Shazrina said...

teruskan beristiqamah. kalau ada masa cubalah baca penulisan2 Mustaffa Sibaie, Imam Syahid Hassan Al-Banna, Sayyid Qutb,Fathi Yakan, Abu'l A'la Al-Maududi.. sy mmg tertarik dgn gaya penulisan mrk.contoh buku2 yg boleh jd bahan bacaan:
1.Apa erti saya menganut islam?
2.Antara semalam dan hari ini
3.Asas-asas islam
4.Islam dan jahiliyyah
5.Salah faham terhadap islam
dan beberapa lagi.
klu nak download pdf bahan2 bacaan ni, type je di google iA ada. atau tak pon di beberapa buah kedai buku ada dijual.

Afifi Hafiz said...

insyaALLAH shazrina...benda yang baik ni,elok dikangsi bersama...buat tatapan kawan2...=)