Monday, August 2, 2010

Perniagaan yang menguntungkan

Salam..

1. Usahawan berkait rapat dengan bidang perniagaan..Dari perspektif Islam, perniagaan atau At Tijarah dalam bahasa arabnya bermaksud pertukaran, berjual beli...

2. Menurut Ibn Khaldun, beliau mentakrifkan perniagaan mengikut istilah muamalat Islam sebagai usaha untuk mendapatkan keuntungan dengan mengembangkan harta secara membeli barang dengan harga murah dan menjualkannya dengan yang lebih, samaada barang itu tepung, tanaman, binatang ternakan dan sebagainya.. Kadar yang lebih itulah yang dinamakan untung..

3. Ada beberapa ayat didalam al-Quran menyentuh mengenai perniagaan..Perkataan perniagaan di dalam al-Quran ini boleh kita tafsirkan sebagai pelaksanaan dakwah atau perniagaan sesama manusia..

Firman ALLAH yang bermaksud :

" Wahai orang yang beriman! mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" (As-Saff, Ayat 10)

" Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (As-Saff, Ayat 11)

" (Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta di tempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff, Ayat 12)

4. Berdasarkan firman ALLAH diatas, ALLAH taala menjanjikan Syurga kepada orang yang berniaga barangan ALLAH... Apakah yang dimaksudkan dengan barangan ALLAH itu?

5. Jawapannya ialah BERDAKWAH...=) pendapat saya secara peribadi, dakwah ni ialah menyampaikan ilmu yang baik..

6. Perniagaan diantara kita dengan ALLAH adalah satu perniagaan yang TIDAK akan mengalami kerugian tetapi, perniagaan dengan manusia ada masa menguntungkan dan ada masa,kita mengalami kerugian..

Firman ALLAH taala di dalam Suratul Faatir, ayat 29 :

" Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab ALLAH, mendirikan sembahyang dan mendermakan apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian"

7. Semua mukmin amat beruntung jika mereka berniaga dengan ALLAH...itulah perniagaan yang hakiki iaitu berdakwah ke jalan-Nya..walaupun sedikit kita sampaikan dakwah (pesanan,mesej) kepada orang lain,dan orang tu tak dengar, kita masih mendapat keuntungan (pahala) dari-Nya..InsyaALLAH..

8. Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita bicarakan berkenaan dengan perniagaan ini...=) kesimpulan yang boleh kita buat disini ialah, di dalam kita mengejar keuntungan dunia, kita jangan lupa keuntungan akhirat iaitu berdakwah..dua dua dapat...keuntungan dalam perniagaan kita dapat, keuntungan akhirat pun kita dapat...;)

Sekian,

Wallahua'lam..

2 comments:

Shazrina said...

may Allah rewards you His best for your good intention! do tsabat and don't lay back.

Afifi Hafiz said...

terima kasih shaz...bila saya post ni,saya harap,ada orang yang akan amal..tabligh iaitu menyampaikan...sikit pun jadila..