Saturday, October 23, 2010

Kahwin..

Salam..

1. Saya baru pulang dari berkonvoi secara bermotosikal (berkuasa kecil) kira-kira jam 4.00PM sebentar tadi.. Konvoi yang disertai kira-kira 55 orang staff dari pejabat PERDA telah mengambil bahagian.. Konvoi Amal PERDA, itulah nama program konvoi tersebut..=) Program ini bertujuan untuk memberikan sumbangan amal kepada anak-anak yatim bertempat di Rumah Anak Yatim At Taqwa, Pengkalan Hulu, Perak Darul Ridzuan..

2. Hee.. Entah kenapa saya terfikir tentang kahwin.. Bermacam-macam persoalan yang timbul di dalam fikiran saya berkenaan dengan perkahwinan ini.. Memanglah, perkahwinan itu merupakan satu sunnah nabi SAW dan hukum asal perkahwinan ini sebenarnya harus, tetapi, ianya boleh berubah menjadi wajib, sunat, makruh dan haram, di mana sesuai dengan keadaan seseorang yang akan menempuh perkahwinan..

Wajib : Orang yang wajib berkahwin ialah orang yang mampu berkahwin, sedang ia khuatir
terhadap dirinya akan melakukan zina..

Sunat : Orang yang disunatkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan untuk
berkahwin dan sanggup memelihara diri dari kemungkinan melakukan perbuatan
terlarang..

Makruh : Orang yang makruh berkahwin ialah orang yang yang tidak mempunyai
kesanggupan untuk berkahwin (dibolehkan melakukan perkahwinan), tetapi,
dikhuatiri tidak dapat mencapai tujuan perkahwinan.. Oleh itu, adalah menjadi
lebih baik agar ia tidak melakukan perkahwinan..

Haram : Orang yang diharamkan berkahwin ialah orang yang mempunyai kesanggupan
untuk berkahwin, tetapi kalau ia berkahwin, ianya boleh menimbulkan
kemudharatan kepada orang lain seperti orang itu gila, orang yang suka membunuh
dan sifat-sifat yang lain seumpamanya..

3. Saya tidak tahu saya berada di kategori yang mana satu..=) kerana, CALON pun tak ada lagi.. itu satu hal..lagi satu, HANTARAN yang terlalu tinggi sehingga menyusahkan pihak lelaki.. herm.. apapun, ALLAH dah tetapkan yang terbaik buat saya.. ITU PASTI.. ALLAH maha kaya dan lebih mengetahui tiap-tiap sesuatu..

Sekian..

Wallhua'lam..

3 comments:

Fath_n!e$@ said...

InshaAllah..Hari "itu" akan tiba jua...Teruskan pencarian, jgn berhenti. Bab hantaran, itu bergantung pada future in law kamu.

Afifi Hafiz said...

rasanya saya tak kahwin kot..

Fath_n!e$@ said...

hurm, skrg leh r kata mcm ni. esok2 sapa tau kan?tak pa2, papepun chaiyokk2x...akan jumpa juga nanti.ke riso bab hantaran?