Tuesday, August 31, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53


Salam..

1. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke -53..Semoga, kita semua dapat menghayati erti kemerdekaan serta bersatu hati dan tenaga bagi mengekalkan apa telah kita nikmati selama ini..

2. Dan, mari sama-sama kita berdoa ke hadrat ALLAH Taala agar kemerdekaan yang kita kecapi ini berkekalan..amin..

Sekian..

Wallahua'lam

Monday, August 30, 2010

Misi seterusnya..

Salam...

1. Saya telah berfikir panjang 2 3 hari yang lalu..semuanya berkaitan dengan misi saya seterusnya, iaitu selepas pulang dari Manchester, UK..

2. InshaALLAH, tahun 2012, saya akan mengadakan satu agenda yang besar..sehubungan dengan itu, bagi merealisasikan misi ini,saya sudah mula menyimpan wang..=)

3. Setiap perkara perlu ada perancangan..disusuli dengan tindakan..diikuti dengan doa..akhir sekali, tawakkal..



Gambar apakah ini? inilah gambar Buck...dalam filem Ice Age 3..

dan...apa kena mengena dengan tajuk misi ini?

tak ada kena mengena apa-apa..saja nak letak..boleh macam tu?haha...

Sekian..

Wallahua'lam..


Wednesday, August 25, 2010

Ikan..

Salam..

1. Kalau masuk page saya ni, jangan lupa, bg makan ikan kat kolam saya tu yea...hehe

2. Post yang paling pendek pada kali ini...

Sekian..

Wallahua'lam..

Monday, August 23, 2010

Jalan Pengampunan ALLAH itu Maha Luas

Salam...

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

" Sesungguhnya, Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya.."
(Hadith riwayat Al-Tirmizi dinilai oleh Hasan Albani)

1. Saya rasa, semua manusia pasti melakukan dosa...samaada dosa besar mahupun kecil...termasuk diri saya sendiri pun,tidak terlepas dari melakukan dosa..

2. Kadang-kadang saya sering termenung dan berfikir tentang kesilapan yang saya lakukan..bila nak buat, tak mahu beringat...bila dah buat, baru nak menyesal..selalu macam tu..betapa lemahnya iman saya ini..

3. Di sini saya ingin berkongsi tentang sesuatu perkara berkaitan 'Jalan pulang ke Pangkuan ALLAH Sangat Luas'...maksudnya, TAUBAT..TAUBAT Nasuha..

4. ALLAH tidak pernah merasa rugi atau kekurangan jika mengampunkan segala dosa hamba-Nya yang meminta pengampunan.. Pengampunan ALLAH sentiasa diberikan kepada hamba-Nya yang bertaubat kerana rahmat-Nya meliputi segala-galanya..

Firman ALLAH Taala :

"Dan tetapkanlah untuk kami kebaikan dalam dunia ini dan juga diakhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu.. ALLAH berfirman : Azabku akan aku timpakan kepada sesiapa yang aku kehendaki, dan rahmatku meliputi tiap-tiap sesuatu, maka aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberikan zakat, serta orang yang beriman kepada ayat-ayat kami..."

(Surah Al-A'raf : Ayat 156)

"Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa (***), sesungguhnya, dialah jua yang amat pengampun, lagi amat mengasihani..."

(***) kecuali dosa SYIRIK seperti yang diterangkan dalam Surah An-Nisa : ayat 48..

(Surah Az-Zumar : Ayat 53)

Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

"Orang yang bertaubat dari dosanya bagaikan orang yang tidak mempunyai dosa sama sekali"

(Hadith riwayat Ibn Majah : Sahih Al-Jami' 2008)

5. Saya tertarik dengan satu kenyataan yang saya baca berkenaan dengan keistimewaan ISLAM ialah, jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan.. peluang kita untuk kembali ke pangkuan keampunan dan keredhaan ALLAH tidak pernah disekat oleh sebarang masa, jarak waktu, latar diri, keturunan mahupun harta..

6. Afifi Hafiz, ketahuilah, jalan pengampunan ALLAH sentiasa terbuka..

MISTAKE MAKE YOU STRONGER..YOU LEARN FROM THEM, YOU BECOME STRONGER MENTALLY

Sekian

Wallahua'lam..

Asma Allah by Sami Yusuf

Salam...

1. Ada 2 3 orang pengunjung yang bertanya kepada saya, apakah tajuk lagu yang sedang dimainkan dalam blog saya ini...

2. Jadi, saya nak bagitaula kepada kalian semua,bahawa lagu yang sedang dimainkan itu ialah lagu Asma Allah yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf..Sami Yusuf ini adalah penyanyi British, penulis lagu, Komposer, produser dan accomplished musician...



3. Hensemkan beliau?bagi saya,beliau memang hensem...;) mana idaknye, beliau dilahirkan di Tehran, Iran...saya?lahir di Klang je...manela nak hensem...hehe...lawak je...apapun, mari kita hayati lagu ini..

Sekian...

Wallahua'lam...

Sunday, August 22, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-53

Salam...

1. Dalam tempoh masa 9 hari lagi, seluruh rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke-53..Tetapi saya melihat, sambutan terhadap Hari Kemerdekaan ini begitu suram dan tidak bermaya..entah dimana silapnya, saban tahun, sambutan kemerdekaan semakin dingin..

2. Erti kemerdekaan mungkin berbeza bagi setiap individu di Malaysia..Kemerdekaan juga mungkin memberikan penghayatan yang berbeza di antara belia kini dengan belia dari generasi pra merdeka..

3. Semangat kemerdekaan yang perlu dihayati oleh masyarakat Malaysia khususnya golongan belia bukan sahaja merdeka dari cengkaman penjajah, malah merdeka juga perlu dari segi budaya, agama, ekonomi dan juga pendidikan..

4. Agama haruslah menjadi tunjang utama kepada masyarakat bagi mengekalkan kemerdekaan negara dan diikuti oleh pendidikan.. nilai-nilai agama yang murni serta pendidikan yang sempurna mampu membawa negara ke puncak kejayaan.. Oleh itu, marilah kita sama-sama mementingkan nilai-nilai agama dan pendidikan ini dalam kehidupan..

5. Perjalanan perjuangan kita masih jauh lagi.. masih banyak yang perlu kita lakukan..matlamat kita adalah untuk menjadi sebuah negara yang maju mengikut acuan kita sendiri, sebuah negara maju yang menjanjikan kehidupan dan masa depan yang gemilang untuk rakyatnya tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.. saya amat yakin dan percaya bahawa, matlamat ini tidak mustahil untuk dilaksanakan jika setiap dari kita (rakyat Malaysia), bersatu hati, dan bersatu tenaga, mengetepikan segala perbezaan dan prejudis yang ada dan bangkit sebagai rakyat yang memiliki ketahanan bagi menghadapi segala musuh dan cabaran..

6. Tidak ada warga lain yang diiktiraf lebih tinggi kedudukannya dari warga yang lain di tanah air ini.. negara ini adalah milik kita bersama.. Jatuh bangun,dan maju mundur negara ini, kita bersama yang menentukannya..

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Kali Ke-53...

Sekian..

Wallhua'lam..

Salam Ramadan..

Salam...

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.."

Surah Al-Baqarah (ayat 183)

1. Saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa Ramadan 1431H/2010 kepada rakan-rakan dan seluruh umat Islam di Malaysia..

2. Mudah-mudahan kita semua dapat menambah amal ibadat dan kebajikan sepanjang bulan mulia ini..

Sekian..

Wallahua'lam..

Tuesday, August 17, 2010

Sekadar sedikit pengetahuan...

Salam..

1. Tentu semua orang dalam dunia ini pernah sakit...apabila sakit,tentu mereka mengambil ubat penahan sakit, antibiotik dan sebagainya..

2. Baru-baru ini saya ada berbual dengan seorang kenalan yang pernah menjadi penceramah kursus GMP iaitu encik bakri bin jali..beliau ada menyatakan bahawa, apabila kita demam atau sakit yang memerlukan kita mengambil ubat terutamanya antibiotik, janganlah kita mengambil antibiotik itu dengan dos yang tinggi..

3. Hal yang demikian kerana, antibiotik kalau diambil dalam dos yang tinggi, lama kelamaan, kuman didalam badan kita menjadi resistance..(kuman tersebut akan jadi tahan ubat..dan ubat tersebut tidak memberikan apa2 kesan dan tidak membunuh kuman2 tersebut)

4. Jadi,kalau kita sakit,terutamanya demam yea, janganlah kita mengambil antibiotik dengan kadar yang kerap...cuma amalkan pemakanan yang sihat, sebagai contoh, minum air kelapa dan sup herba...banyakkan berehat...

Sekian..

Wallahua'lam...

Saturday, August 14, 2010

herm...

Salam...

1. Saya sebenarnya tak pasti apa yang saya rasa skarang..hu3..berbelah bahagi..

2. Sebenarnya secara peribadi,saya tidak bersedia lagi untuk kearah tu..kerana fikiran saya masih tak stabil..

Sekian...

Wallahua'lam..

Thursday, August 12, 2010

Tiket Flight...

Salam...

1. Dibawah ni adalah tiket penerbangan EMIRATES untuk program ke Manchester bulan 10 ni..InsyaALLAH...




2. Doakan semoga segalanya berjalan lancar...

3. Semasa mula nak beli secara online, transaksi tak berjaya..sebab debit card saya limited hanya RM2000 sahaja setiap transaksi...selepas itu,saya terus menelifon kawan saya di KL untuk melakukan pembelian secara terus di Pejabat EMIRATES di Pavilion Bukit Bintang, KL..dan alhamdulillah,hasilnya,seperti diatas...hee...

4. Dreams come true...Syukur Ya ALLAH...

Sekian,

Wallahua'lam..

Wednesday, August 11, 2010

4413..Nombor apekah itu?


Ini ada no kenderaan bagi pemilik blog ini..

PHK 4413, no kereta saya..manakala PJR 4413, no moto saya..

Steady..

Sekian,

Wallahua'lam...

My Pet...

Salam...

1. Saya nak perkenalkan binatang peliharaan saya..iaitu Sugar Glider...mmg cute binatang ni..;) saya beli sepasang...


Yang belah kiri tu,nama dia tamumu..dia ni pemalu sikit berbanding yang sebelah kanan tu..yang belah kanan tu, nama dia tamara...haha..rasanya tamara ni jantan..




Sugar Glider ni,makan epal tau...;)


2. Untuk makluman, Sugar Glider ni aktif pada waktu malam..manakala siang mereka akan tidur..kalau kamu semua tengok gamba yang keempat tu,ha,gambar tu ditangkap mase dia baru bangun dari tido..hahaha..
3. Sebenarnya da lame saya nak beli binatang ni,asyik bertangguh je..so,satu hari tu,(rasenye dah sebulan lebih dahla) saya teman member ke kedai binatang peliharaan, pastu tgk2 ada diorang ni 2 ekor tengah tido...geram akan kecomelan mereka,saya tanpa cakap banyak,saya terus beli..hehe
Sekian
Wallahua'lam...

Monday, August 2, 2010

Petua Kawal Kemarahan...

Salam...

1. Saya ambil tajuk petua mengawal kemarahan ini berdasarkan kes saya sebentar tadi..ada sedikit perbalahan kecil dan saya tidak dapat mengawal perasaan marah saya..

2. Lama sebenarnya saya tak marah..hahaha..tetapi entah kenapa pada hari ini,saya rasa macam darah tetibe je naik..

3. Kemudian saya pun search dan kemudian saya buka page / blog kawan2 yang lain tentang bagaimana / petua mengawal kemarahan..saya cuma nakjadikan panduan kepada diri saya agar perkara marah ini tidak berulang pada masa-masa akan datang..

4. Saya olah sedikit page yang saya baca itu, mengikut ayat saya sendiri..=)

"Di antara langkah yang perlu kita hadapi apabila ingin menghilangkan rasa marah ialah =

a) Mula-mula kita mesti ingat, ALLAH sedang memerhatikan tindak tanduk kita...
b) Kemudian, bila rasa hendak marah saja, ingatlah bahawa,kita ni hanyalah manusia yang
hina...
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa agar ALLAH lindungi kita dari sifat marah...
d) Bayangkan betapa buruknya muka kita, jika kita sedang marah..ianya mungkin lebih
buruk dari perlakuan dari seekor binatang..
e) Yang ini paling baik, apabila kita naik marah, segeralah kita membaca Ta'awuz kerana,
perasaan marah itu datang daripada syaitan...
f) Apabila marah semakin memuncak, ambillah wudhu'..kerana,air wudhu' itu dapat
menenangkan api kemarahan yang sedang membara...
g) Jika tak menjadi jugak kesemua yang dinyatakan diatas, maka, kita perlu guna cara lain
pula iaitu, tidur.. kerana, apabila kita tidur, maka apabila kita bangkit, ianya akan
meredakan perasaaan marah itu tadi..
h) Akhir sekali, Tauhid kita perlu tepat..setiap sesuatu itu datangnya dari ALLAH dan akan
kembali kepadanya jua.. jadi, kenapa kita perlu marah???"

5. Saya seboleh-bolehnya, jika saya melakukan kesalahan, saya tidak mahu orang lain memarahi saya..maka, begitu jugalah dengan orang lain...apabila mereka melakukan kesalahan, mereka juga tidak suka dimarahi.. tegurlah dengan cara yang lembut dan penuh kasih dan sayang..

6. so, saya akan cuba praktikkan apa yang saya tulis ini..;) terima kasih..

Sekian,

Wallahua'lam..


Perniagaan yang menguntungkan

Salam..

1. Usahawan berkait rapat dengan bidang perniagaan..Dari perspektif Islam, perniagaan atau At Tijarah dalam bahasa arabnya bermaksud pertukaran, berjual beli...

2. Menurut Ibn Khaldun, beliau mentakrifkan perniagaan mengikut istilah muamalat Islam sebagai usaha untuk mendapatkan keuntungan dengan mengembangkan harta secara membeli barang dengan harga murah dan menjualkannya dengan yang lebih, samaada barang itu tepung, tanaman, binatang ternakan dan sebagainya.. Kadar yang lebih itulah yang dinamakan untung..

3. Ada beberapa ayat didalam al-Quran menyentuh mengenai perniagaan..Perkataan perniagaan di dalam al-Quran ini boleh kita tafsirkan sebagai pelaksanaan dakwah atau perniagaan sesama manusia..

Firman ALLAH yang bermaksud :

" Wahai orang yang beriman! mahukah aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?" (As-Saff, Ayat 10)

" Iaitu kamu beriman kepada ALLAH dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama ALLAH dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik dari kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya) (As-Saff, Ayat 11)

" (Dengan itu) ALLAH akan mengampunkan dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta di tempatkan kamu ditempat-tempat tinggal yang baik dalam syurga "Adn". Itulah kemenangan yang besar." (As-Saff, Ayat 12)

4. Berdasarkan firman ALLAH diatas, ALLAH taala menjanjikan Syurga kepada orang yang berniaga barangan ALLAH... Apakah yang dimaksudkan dengan barangan ALLAH itu?

5. Jawapannya ialah BERDAKWAH...=) pendapat saya secara peribadi, dakwah ni ialah menyampaikan ilmu yang baik..

6. Perniagaan diantara kita dengan ALLAH adalah satu perniagaan yang TIDAK akan mengalami kerugian tetapi, perniagaan dengan manusia ada masa menguntungkan dan ada masa,kita mengalami kerugian..

Firman ALLAH taala di dalam Suratul Faatir, ayat 29 :

" Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab ALLAH, mendirikan sembahyang dan mendermakan apa yang kami kurniakan kepada mereka, secara sembunyi atau secara berterang-terang, mereka mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian"

7. Semua mukmin amat beruntung jika mereka berniaga dengan ALLAH...itulah perniagaan yang hakiki iaitu berdakwah ke jalan-Nya..walaupun sedikit kita sampaikan dakwah (pesanan,mesej) kepada orang lain,dan orang tu tak dengar, kita masih mendapat keuntungan (pahala) dari-Nya..InsyaALLAH..

8. Sebenarnya banyak lagi yang boleh kita bicarakan berkenaan dengan perniagaan ini...=) kesimpulan yang boleh kita buat disini ialah, di dalam kita mengejar keuntungan dunia, kita jangan lupa keuntungan akhirat iaitu berdakwah..dua dua dapat...keuntungan dalam perniagaan kita dapat, keuntungan akhirat pun kita dapat...;)

Sekian,

Wallahua'lam..