Wednesday, July 21, 2010

My Bos..

Salam...

1. Saya ingin perkenalkan bos saya yang begitu hebat dan sporting...

2. Beliau ialah Encik Mohd Hazahari bin Md Haris...

3. Bagi saya, tidak pernah saya ketemui seorang ketua unit (bos) yang begitu baik, sporting dan 'humble' dengan anak-anak buahnya..

4. Bagi saya,apabila kita menjadi seorang pemimpin,tak kirala pemimpin politik ke,pemimpin dalam keluarga ke,dalam pejabat ke,hubungan kita dengan orang bawah perlulah baik..sentiasa ceria dan saling bantu membantu..

5. Steady boss....=)



Syeikh bersama bosnya iaitu Encik Mohd Hazahari bin Md Haris..

Sekian

Wallahua'lam..

Wednesday, July 14, 2010

Ujian...

Salam..

1. Saya menulis isu berkenaan motosikal hilang ini adalah kerana pada bulan februari yang lalu, motosikal LC 135 saya hilang...saya rasa,kawan-kawan saya semua sediamaklum berkenaan perkara ini..

2. Ada sebilangan kecil kawan-kawan saya berkata kepada saya begini "ai,hang moto hilang tak rasa sedih ke?tak menangis ka?aku tengok hang happy mcm selalu saja..."pastu ada pulak yang kata,"ala,dia hilang moto hari ini,besok dapat moto baru"...

3. Disini saya ingin bertanya semula kepada mereka yang cakap berkenaan 'menangis' dan 'kecewa' apabila kehilangan sesuatu benda itu, tak kiralah apa jua benda sekali pun...apakah dengan kita menangis,benda yang hilang itu akan dijumpai kembali dengan serta merta?apakah bila kita menangis tiba-tiba muncul barangan itu dengan wajah yang baru?tidak...menangislah macam mana pun,barang yang hilang takkan dijumpai kembali..'Kecewa'?tidak dinafikan,kecewa itu memang ada..tetapi,perlukah kita menunjukkan perasaan kecewa itu secara terang-terangan di depan orang ramai?apa yang kita dapat?ada bila kita kecewa,orang nak hulur RM7000 cash bagi menggantikan barang yang hilang itu?

4. Kehilangan sesuatu barang yang kita sayang itu merupakan satu ujian dari-Nya..menguji kesabaran kita..nak bercakap soal marah ni,herm,memang marah...tetapi,bagi saya mudah, bila barang itu sudah hilang, saya anggap rezeki kita bersama barang itu hanya setakat itu sahaja...kalau dapat semula,alhamdulillah...macam motosikal saya yang hilang bulan februari yang lalu,dah dijumpai semula..alhamdulillah...

5. Pada pandangan saya, ujian dari ALLAH datang dalam pelbagai rupa..kehilangan benda, pemergian orang yang kita sayang (mak, ayah)..malah,kesenangan dan kesusahan juga merupakan salah ujian dari-Nya..cantik dan buruk dari segi paras rupa..Ujian...sakit demam kita...banyak lagilah...nak cerita penuh page ni pulak...so,bila kena,kita perlu redha..terima ketentuan-Nya kerana,mungkin apabila kita hilang sesuatu,ALLAH nak ganti sesuatu yang lebih baik...Tentu kalian semua ingat Rukun Iman yang keenam iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar..InsyaALLAH..

6. Yang diatas itu hanyalah cerita saya sahaja dan pandangan yang dilontarkan itu hanyalah pandangan saya secara peribadi...mengikut pemikiran saya yang 'kurang sempurna' ini...

Sekian..

Wallahua'lam

Monday, July 12, 2010

Wolverine...

Salam..

1. Tentu kalian semua kenal sapa jejaka yang tampan di bawah ini...Hugh Jackman,pelakon utama dalam filem X-Men..tidak dinafikan bahawa pemilihan Hugh ini sebagai watak Wolverine sangat sesuai...



2. Entah kenapa pada petang yang hening sebentar tadi, saya terfikir untuk membuang janggut dan meninggalkan jambang seperti 'Wolverine'...pengaruh filem..hehe...

3. InsyaALLAH, selepas ini, saya ingin masuk ke dalam gym untuk mendapatkan fitness...bagi fit badan...apapun,WOLVERINE ini mmg style....

Sekian

Wallahua'lam...

Saturday, July 10, 2010

10 Julai = 24

Salam..

1. Jika semalam hari lahir ayah sy,maka,hari ini adalah hari lahir saya pula..

2. Semoga selamatla semuanya...amin..

Sekian..

Wallahua'lam...

Friday, July 9, 2010

SELAMAT HARI LAHIR AYAH....

Salam...

1. Hari ini merupakan 9 Julai 2010...

2. Hari ini merupakan hari lahir ayahku yang ke-56...SELAMAT HARI LAHIR ayah..semoga sentiasa berada dibawah naungan-Nya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan ceria-ceria selalu...;)

3. Saya sentiasa menyanyangimu...

Sekian

wallahua'lam...

Wednesday, June 30, 2010

3 Bulan Lagi..

Salam...

1. Lagi 3 bulan sy nak ke Manchester...Alhamdulillah...

2. Segala persiapan untuk kesana nampak gaya berjalan lancar..matawang sudah ditukar,tarikh sudah ditetapkan iaitu pada 28 Oktober sehingga 6 November 2010..cuma,dari segi tempahan tiket kapal terbang akan dibuat pada awal bulan Ogos..InsyaALLAH...mudah2an...

3. Dan, saya ingin menyuarakan ucapan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang berada di Manchester itu,kerana sentiasa dan tidak jemu memberi pandangan serta nasihat kepada saya..mudah2an, ALLAH jualah yang membalas jasa kalian..

4. Doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar...;) Ya ALLAH, kau berkatilah impianku ini..permudahkanlah segala urusan...amin...

Monday, June 21, 2010

Salam Kembali...

Salam...

1. Lama sungguh saya tidak mengemaskini blog saya...

2. Hari ini, saya akan memulakan semula operasi mengemaskini blog saya...untuk makluman semua,blog saya sepi selama sebulan ini kerana saya begitu sibuk dengan tugas di pejabat...Program utama pejabat yang perlu diselesaikan iaitu 5S...sungguh meletihkan..selesai sahaja solat isya',terus saya tertidur...memang letih..

3. Alhamdulillah,akhirnya,kerja yang begitu banyak telah pun berkurang..dan saya mula bernafas dengan tenang sedikit..

4. Pagi tadi,saya ke mahkamah bagi urusan perbicaraan mengenai kecurian motosikal saya yang hilang pada 25 Februari yang lalu...tunggu punya tunggu,dari jam 9.00am,sampaila pukul 1.00pm,saya tidak dipanggil pun untuk dibicarakan berikutan ada kes lain yang tidak selesai2..jadi,saya bersembang panjang dengan sarjan yang membuat siasatan terhadap kes saya ini,motosikal saya telah berjaya dijumpai pada 26 Februari, iaitu sehari selepas saya membuat laporan..syukur sangat2..menurut sarjan itu lagi,pada ketika itu,ada kemungkinan mereka sedang melakukan urusan untuk menolak motosikal tersebut ke tangan orang lain..huh,bila dah sampai ke tangan orang itu,maka,moto saya selepas itu akan tinggal rangka...;)

5. Dan,apa yang paling mengejutkan ialah,2 budak daripada 4 budak yang terlibat dalam kes itu ialah budak yang saya kenali..memang saya terkejut...tetapi saya tidak kisah..sebab,apa yang penting,moto saya tidak rosak apa dan sudah dijumpai kembali..yang selebihnya,biar mahkamah yang menentukannya..

Sekian dahulu untuk ketika ini...

Wallahua'lam...