Salam..
1. Saya menulis isu berkenaan motosikal hilang ini adalah kerana pada bulan februari yang lalu, motosikal LC 135 saya hilang...saya rasa,kawan-kawan saya semua sediamaklum berkenaan perkara ini..
2. Ada sebilangan kecil kawan-kawan saya berkata kepada saya begini "ai,hang moto hilang tak rasa sedih ke?tak menangis ka?aku tengok hang happy mcm selalu saja..."pastu ada pulak yang kata,"ala,dia hilang moto hari ini,besok dapat moto baru"...
3. Disini saya ingin bertanya semula kepada mereka yang cakap berkenaan 'menangis' dan 'kecewa' apabila kehilangan sesuatu benda itu, tak kiralah apa jua benda sekali pun...apakah dengan kita menangis,benda yang hilang itu akan dijumpai kembali dengan serta merta?apakah bila kita menangis tiba-tiba muncul barangan itu dengan wajah yang baru?tidak...menangislah macam mana pun,barang yang hilang takkan dijumpai kembali..'Kecewa'?tidak dinafikan,kecewa itu memang ada..tetapi,perlukah kita menunjukkan perasaan kecewa itu secara terang-terangan di depan orang ramai?apa yang kita dapat?ada bila kita kecewa,orang nak hulur RM7000 cash bagi menggantikan barang yang hilang itu?
4. Kehilangan sesuatu barang yang kita sayang itu merupakan satu ujian dari-Nya..menguji kesabaran kita..nak bercakap soal marah ni,herm,memang marah...tetapi,bagi saya mudah, bila barang itu sudah hilang, saya anggap rezeki kita bersama barang itu hanya setakat itu sahaja...kalau dapat semula,alhamdulillah...macam motosikal saya yang hilang bulan februari yang lalu,dah dijumpai semula..alhamdulillah...
5. Pada pandangan saya, ujian dari ALLAH datang dalam pelbagai rupa..kehilangan benda, pemergian orang yang kita sayang (mak, ayah)..malah,kesenangan dan kesusahan juga merupakan salah ujian dari-Nya..cantik dan buruk dari segi paras rupa..Ujian...sakit demam kita...banyak lagilah...nak cerita penuh page ni pulak...so,bila kena,kita perlu redha..terima ketentuan-Nya kerana,mungkin apabila kita hilang sesuatu,ALLAH nak ganti sesuatu yang lebih baik...Tentu kalian semua ingat Rukun Iman yang keenam iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar..InsyaALLAH..
6. Yang diatas itu hanyalah cerita saya sahaja dan pandangan yang dilontarkan itu hanyalah pandangan saya secara peribadi...mengikut pemikiran saya yang 'kurang sempurna' ini...
Sekian..
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment