Salam..
1. Ketika semua orang sibuk meraikan hari guru,saya dikejutkan dengan satu berita yang saya rasa diluar jangkaan saya iaitu moto saya telah dijumpai semula setelah 3 bulan ia di'kidnap'..
2. Ceritanya bermula apabila ada 2 orang polis datang kerumah saya petang semalam dengan tujuan memberi surat 'sapina' yang mana surat tersebut menghendaki saya untuk hadir ke mahkamah sebagai saksi bagi kes 411 K (kesalahan menyimpan bahan-bahan curi)..polis tersebut menyatakan saya hanya sebagai saksi bagi mengesahkan bahan bukti itu (moto tersebut) merupakan moto saya..yang meng'kidnap' moto saya itu budak lepasan spm..
3. Saya sungguh tidak sangka dan tidak terfikir bahawa moto saya itu akan jumpa kembali..cuma,saya ingin melihat dengan mata kepala saya sendiri,siapakah yang mengambil moto saya itu dan saya nak TABIK hormat dekat dia..21 JUN 2010 akan saya ketahui siapakah budak itu..
Sekian..
Wallahua'lam..
4 comments:
ALHAMDULILLAH!rezeki tak kemana. =)
jgn lupa gtau perkembangan ye.
bgtau aku gak!!!!
insyaALLAH,akan dimaklumkan dari semasa ke semasa...;)
Post a Comment