Friday, May 14, 2010

Impian Yang Tidak Kesampaian

Salam..

1. Dahulu,saya punyai cita-cita untuk menjadi seorang imam..imam yang boleh memimpin solat berjemaah, bacaan yasin, dan lain-lain aktiviti kemasyarakatan..

2. Tapi sekarang yang tinggal hanyalah impian yang tidak tercapai..:) kerana perangai saya sendiri..sewaktu berpeluang kearah itu suatu ketika dahulu, saya tidak berusaha bersungguh-sungguh..saya banyak main..lalai dan leka..tapi apakan daya,masa yang dah berlalu tak leh patah balik..hidup mesti diteruskan..

3. Malam tadi, apabila saya pergi menunaikan solat maghrib berjamaah di masjid badawi kepala batas, terasa kesayuan serta keinsafan yang menusuk dalam jiwa saya..lama sungguh saya tak ke masjid sejak-sejak saya bekerja ni akibat kesibukan kerja yang berpanjangan..saya kagum dengan imam muda yang memimpin solat berjemaah dan juga bacaan yasin..suaranya sedap,bacaan yang sempurna serta beliau merupakan seorang yang hafiz..kagum saya ngan beliau..

4. Manusia hanya mampu merancang dan berusaha..namun, ALLAH adalah sebaik-baik perancang..

Wallahua'lam..

4 comments:

Shazrina said...

gelaran hafiz, satu doa kan. nama awk hafiz juga kan. so setiap hari ada org doakan awk menjadi seorg hafiz.thus what you need now is working towards the dream, being istiqamah and ask guidance from Him.you have a noble intention though not stand on that yet. no one can change you hafiz, but you can change yourself!


~just my two pence.

Afifi Hafiz said...

terima kasih shazrina...=) itulah impian saya suatu ketika dahulu..sekarang ni saya mengulang mana yang dah saya belajar..itu pun 'bermusim'...herm..tak pela..mcm yang kita sedia maklum,apa benda nak buat pun,kenala yakin dan ada tekad...insyaALLAH...doa2kan saya...

Shazrina said...

kalau awak ada 5s, 10B, saya juge ada 3I. kalau awak praktikkan 3I ni, saya jamin, sgt jamin inshaAllah..impian awak akan kesampaian.

1. IJTIHAD.
cakap bukan sebarang cakap kosong, impian bukan sekadar impian kering.seperti mana awk berazam, menetapkan Written Goal utk ke Manchester, perkara yg sama awk harus buat utk capai impian awak utk berubah.mesti bersungguh2 utk dapatkan impian tu, bukan sambil lewa.

2.ISTIQAMAH
dan selepas ada keazaman yg mantap, mestilah disusuli amalan yg secara berterusan. jangan tersekat2 separuh jalan. contohnya, awk mahu dtg ke Manchester, niat itu da ada. azam itu da kuat. so tindakan awk seterusnya, awak cari pelajar malaysia yg bljr di Manchester. (oopss terjumpa saya pula kan)awak buat persediaan yg mantap utk memenuhi niat tu.awk bertanya cara hidup di sini,beli kamera dslr, awak survey match etc.

3. IJTIMA'IE
dan last sekali, ijtima'ie, iaitu utk berubah haruslah mesti ada kawan2 yg juga hendak berubah, persekitaran yg baik. kalau tiada persekitaran spt tu, awk yg harus mencari,bukan menunggu ia datang. anologinya, awk cari kawan utk dtg bersama ke Manchester kan.. awak sendiri sedar utk dtg Manchester, perlu berkawan, kalau x, x jalan..susah berseorangan di tempat baru tanpa kawan.

maaf ye saya asyik gune analogi Manchester tu shj. itu je contoh yang sy nampak utk awk faham dan clear:)


selamat bermujahid hafiz!


~just my two pence.

serikandi islam said...

belum terlambat untuk itu.. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubahnya sendiri-surah Al Ra'du ayat 11.

masih boleh berusaha ke arah itu. punya kesedaran ni merupakan langkah pertama. Tahniah.

mujahadahlah.Goodluck!barakallahufik