Saturday, July 24, 2010

Malam yang hening...

Salam..

1. Kalau nak ikutkan,waktu ini saya sudah tidur...=) (jam menunjukkan jam 12.40am)

2. Tapi saya bertugas di SP Inn Hotel, Sungai Petani..urusetia kursus, iaitu Kursus Kemahiran Perundingan dan Komunikasi..

3. Kursus berjalan dengan lancar dan baik skali..cuma,kehadiran peserta saja kurang memberangsangkan..selalunya kehadiran peserta ada dalam lebih kurang 40 keatas..tp kali ini sekitar 26 orang saja..

4. Tak pala..berapa ramai peserta pun,saya tak kisah..sebab,tugas tetap kena tugas..

Sekian..

Wallahua'lam..

Wednesday, July 21, 2010

My Bos..

Salam...

1. Saya ingin perkenalkan bos saya yang begitu hebat dan sporting...

2. Beliau ialah Encik Mohd Hazahari bin Md Haris...

3. Bagi saya, tidak pernah saya ketemui seorang ketua unit (bos) yang begitu baik, sporting dan 'humble' dengan anak-anak buahnya..

4. Bagi saya,apabila kita menjadi seorang pemimpin,tak kirala pemimpin politik ke,pemimpin dalam keluarga ke,dalam pejabat ke,hubungan kita dengan orang bawah perlulah baik..sentiasa ceria dan saling bantu membantu..

5. Steady boss....=)



Syeikh bersama bosnya iaitu Encik Mohd Hazahari bin Md Haris..

Sekian

Wallahua'lam..

Wednesday, July 14, 2010

Ujian...

Salam..

1. Saya menulis isu berkenaan motosikal hilang ini adalah kerana pada bulan februari yang lalu, motosikal LC 135 saya hilang...saya rasa,kawan-kawan saya semua sediamaklum berkenaan perkara ini..

2. Ada sebilangan kecil kawan-kawan saya berkata kepada saya begini "ai,hang moto hilang tak rasa sedih ke?tak menangis ka?aku tengok hang happy mcm selalu saja..."pastu ada pulak yang kata,"ala,dia hilang moto hari ini,besok dapat moto baru"...

3. Disini saya ingin bertanya semula kepada mereka yang cakap berkenaan 'menangis' dan 'kecewa' apabila kehilangan sesuatu benda itu, tak kiralah apa jua benda sekali pun...apakah dengan kita menangis,benda yang hilang itu akan dijumpai kembali dengan serta merta?apakah bila kita menangis tiba-tiba muncul barangan itu dengan wajah yang baru?tidak...menangislah macam mana pun,barang yang hilang takkan dijumpai kembali..'Kecewa'?tidak dinafikan,kecewa itu memang ada..tetapi,perlukah kita menunjukkan perasaan kecewa itu secara terang-terangan di depan orang ramai?apa yang kita dapat?ada bila kita kecewa,orang nak hulur RM7000 cash bagi menggantikan barang yang hilang itu?

4. Kehilangan sesuatu barang yang kita sayang itu merupakan satu ujian dari-Nya..menguji kesabaran kita..nak bercakap soal marah ni,herm,memang marah...tetapi,bagi saya mudah, bila barang itu sudah hilang, saya anggap rezeki kita bersama barang itu hanya setakat itu sahaja...kalau dapat semula,alhamdulillah...macam motosikal saya yang hilang bulan februari yang lalu,dah dijumpai semula..alhamdulillah...

5. Pada pandangan saya, ujian dari ALLAH datang dalam pelbagai rupa..kehilangan benda, pemergian orang yang kita sayang (mak, ayah)..malah,kesenangan dan kesusahan juga merupakan salah ujian dari-Nya..cantik dan buruk dari segi paras rupa..Ujian...sakit demam kita...banyak lagilah...nak cerita penuh page ni pulak...so,bila kena,kita perlu redha..terima ketentuan-Nya kerana,mungkin apabila kita hilang sesuatu,ALLAH nak ganti sesuatu yang lebih baik...Tentu kalian semua ingat Rukun Iman yang keenam iaitu Beriman kepada Qada dan Qadar..InsyaALLAH..

6. Yang diatas itu hanyalah cerita saya sahaja dan pandangan yang dilontarkan itu hanyalah pandangan saya secara peribadi...mengikut pemikiran saya yang 'kurang sempurna' ini...

Sekian..

Wallahua'lam

Monday, July 12, 2010

Wolverine...

Salam..

1. Tentu kalian semua kenal sapa jejaka yang tampan di bawah ini...Hugh Jackman,pelakon utama dalam filem X-Men..tidak dinafikan bahawa pemilihan Hugh ini sebagai watak Wolverine sangat sesuai...



2. Entah kenapa pada petang yang hening sebentar tadi, saya terfikir untuk membuang janggut dan meninggalkan jambang seperti 'Wolverine'...pengaruh filem..hehe...

3. InsyaALLAH, selepas ini, saya ingin masuk ke dalam gym untuk mendapatkan fitness...bagi fit badan...apapun,WOLVERINE ini mmg style....

Sekian

Wallahua'lam...

Saturday, July 10, 2010

10 Julai = 24

Salam..

1. Jika semalam hari lahir ayah sy,maka,hari ini adalah hari lahir saya pula..

2. Semoga selamatla semuanya...amin..

Sekian..

Wallahua'lam...

Friday, July 9, 2010

SELAMAT HARI LAHIR AYAH....

Salam...

1. Hari ini merupakan 9 Julai 2010...

2. Hari ini merupakan hari lahir ayahku yang ke-56...SELAMAT HARI LAHIR ayah..semoga sentiasa berada dibawah naungan-Nya, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan ceria-ceria selalu...;)

3. Saya sentiasa menyanyangimu...

Sekian

wallahua'lam...