Wednesday, September 29, 2010

Blogku Yang Berwajah Baru

Salam..

1. Mohon pandangan kawan-kawan tentang wajah blog terbaru saya ini..mana yang lagi menarik? Background yang berwarna hitam dengan font kaler putih atau backgorund kaler putih dengan fontnya pula berwarna hitam?

2. Sekali sekala,kenala ubah sama..he he..

Sekian..

Wallahua'lam..

Tuesday, September 28, 2010

Bulan 10 - Bulan Yang Penuh Keserabutan..

Salam..

1. Saya berasakan bulan 10 ini merupakan bulan yang sungguh sibuk bagi saya..boleh dikatakan setiap minggu program-program rasmi dan juga program persendirian telah diatur..
2. Program yang saya rasakan paling bermakna dan paling tidak sabar untuk saya lalui ialah program ke Manchester..InsyaALLAH, saya akan bertolak pada 27 Oktober ini sehingga 6 November 2010.. bermacam-macam cerita saya dengar tentang perjalanan ke Manchester ini, ada yang gembira dan ada juga yang meresahkan hati kecil saya ini..
3. Cerita yang meresahkan hati kecil saya ini ialah, ketika hendak melepasi Imegresen di Airport Manchester nanti.. ada dikalangan kawan-kawan saya yang menyatakan muka saya ini, ala-ala arab..;) tetapi, bagi pendangan pelajar yang akan saya tmpang umahnya nanti menyatakan, buat sahaja muka yang penuh dengan keyakinan..=)
4. Saya memang berasakan bulan 10 ini memang bulan yang sibuk..serabut..doa-doakanla semoga segalanya berjalan dengan baik dan sempurna..amin..
Sekian..
Wallahua'lam..

Friday, September 24, 2010

Internet yang bermasalah

Salam..

1. Dah hampir seminggu rumah saya tidak dapat mengakses internet berikutan sistem akaun saya mengalami masalah..sehubungan dengan itu, semua YM, FB, dan juga email sahabat-sahabat saya tidak dapat dijawab dengan kadar yang segera..

2. Saya sudah memaklumkan perkara ini kepada pihak berkenaan bagi menyelesaikan segera isu internet ini..

Sekian..

Wallahua'lam..

Monday, September 20, 2010

Belajar Al Quran..

Salam..

1. Hari ini, saya ingin berkongsi satu perkara tentang apa yang saya belajar suatu ketika dahulu..iaitu tentang Al-Quran, kalamullah.. ALLAH menurunkan Al-Quran kepada rasul kita, Nabi Muhammad SAW untuk membimbing kita.. Turunnya Al-Quran merupakan peristiwa yang besar dan sekaligus menyatakan tinggi kedudukannya bagi penghuni langit dan bumi..

2. Sebagai penganut agama ISLAM, kita digalakkan untuk sentiasa membaca dan mendengar Al-Quran kerana, perbuatan tersebut selain dari mendapat pahala, ia juga dijanjikan rahmat oleh ALLAH.. jadi, saya nak berkongsi tentang apa tanggungjawab kita pada Al-Quran..

a. Pertama, Belajar Al-Quran - Bila sebut tentang belajar ini, ia adalah tentang menuntut ilmu..menuntut ilmu ini ibarat lautan, tiada penghujungnya.. jadi, marilah kita sama-sama terokai Al-Quran..

b. Kedua, Memahami Al-Quran - Bila kita membaca Al-Quran, kita kena fahami maksudnya..kerana, membaca Al-Quran itu merupakan santapan rohani..

c. Ketiga, Hayati maksud - Bila kita dah fahami maksud, kita hayati dan renungi isinya..

d. Keempat, menyampai - Bila kita sudah menghayati, kita sampaikan..maksud sampaikan itu ialah berdakwah..

e. Kelima, mempertahankan isi Al-Quran - ini mustahak..kalau kita lihat sekarang, ramai bangsa asing yang bukan berugama ISLAM, sering menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk kepentingan politik kotor mereka..

Sekian..

Wallahua'lam..

Friday, September 17, 2010

Hantaran Perkahwinan

Salam..

1. Entah kenapa saya terfikir soal kahwin pada pagi yang mulia ini..

2. Jadi, saya ingin berbicara berkenaan dengan hantaran perkahwinan.. bagi saya, apabila seseorang yang telah menyatakan hasrat ingin berumahtangga, bermakna, dia telahpun bersedia.. kerana, dia mempunyai keinginan untuk berumahtangga dan tahu tanggungjawab yang perlu dipikul nanti..

3. Sebenarnya, proses perkahwinan tidaklah sukar jika adat-adat yang membelenggu.. contohnya, adat meminta sejumlah nilai wang hantaran, mengadakan banyak majlis seperti majlis bertunang, nikah kenduri dan bertandang serta sambut menantu.. saya juga bukanlah menolak 100% adat orang melayu kita, tetapi, ada juga adat yang boleh kita pakai jika kena dengan syariat ISLAM.. sebagai contoh, adat merisik.. merisik ini bertujuan untuk mengetahui adakah si gadis sudah berpunya atau belum.. adat merisik ini perlu agar kita tidak meminang tunang orang lain.. susulan dari itu, barulah adat meminang oleh ibu ayah bagi menyatakan hasrat ingin menjadikan si gadis sebagai menantu untuk anak teruna dan juga sebagai satu ikatan sementara menanti hari menikah..

Daripada Abu Hurairah Radhiallahuanh', sabda Rasulullah SAW kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan.. "adakah kamu telah melihatnya (perempuan itu)? jawab lelaki itu kepada rasulullah, "tidak".. lalu rasulullah menjawab, "pergilah kamu melihatnya supaya perkahwinan kamu terjamin berkekalan..."

(Hadith riwayat Tarmizi dan Nasai)

4. Maka, dalam masa bertunang ini, pasangan boleh berkenalan.. sebagai melahirkan rasa kasih sayang apabila menjelang hari pernikahan.. bertunang ini memberi peluang kepada kita untuk ta'aruf (berkenalan) dengan pasangan masing-masing dari segi zahir dan batin sebelum kita bernikah atau kahwin..

5. Semasa proses meminang, selalunya ibu bapa bagi pasangan lelaki atau wakil, akan bertanya dan berbincang berapakah nilai wang hantaran yang diinginkan oleh pihak perempuan.. bagi ibu bapa perempuan yang memahami dengan syariat ISLAM, mereka langsung tidak meletakkan sebarang nilai..

6. Ada pula sesetengah ibu bapa yang meletakkan sejumlah nilai kepada anak perempuan mereka berdasarkan tahap pendidikan dan pekerjaan.. jika anak berkelulusan SPM, macam ini nilainya (wang hantaran).. jika anak berkelulusan ijazah, macam ini pula nilainya, jika master, phd, mcm ini pula nilainya.. itu belum tengok dari segi aspek kerjaya lagi.. kalau perempuan tersebut dari kalangan pensyarah ke, doktor ke..nilainya lain dan lebih tinggi dari yang kerja kilang.. kenapa perlu ada nilai-nilai yang perlu ditetapkan??

7. Ada pula sesetengah ibu bapa yang memberikan alasan bila ditanya kenapa terlalu mahal hantarannya bagi anak mereka yang berpendidikan tinggi? jawab mereka, duit dah banyak keluar nak bagi anak mereka sampai ke tahap itu.. saya hairan dan pelik, bukankah itu sudah menjadi tanggungjawab dan menjadi kewajipan mereka dalam mendidik anak-anak?

8. Bila keluarga perempuan meletakkan harga tinggi, akan ada penawaran dari keluarga pihak lelaki.. pulak... dah jadi mcm sesi jual beli pula.. ini bukan sesi jual beli barang, ini soal nak membina keluarga, membina masjid.. cuba kita renung, kalau di pihak lelaki tidak ada membuat penawaran harga, sebab nak juga pada anak mereka dan, dalam masa yang sama, lelaki itu tidak mampu dan diluar jangkauan dia.. bila kata tak mampu, hah, ibu bapa perempuan itu jawab "kalau nak anak kami, mestilah bersungguh-sungguh adakan nilai hantaran yang kami minta itu.." pada pengamatan saya, mestilah lelaki itu nak kepada anak dia, tetapi, nak bersungguh macam mana lagi jika lelaki itu bekerja dengan nilai gaji RM2000 sebulan, bayar duit kereta, katakan RM500, sewa rumah RM200, petrol untuk sebulan, RM300, makan minum sendiri (1 hari RM15) sebulan dah jadi RM450..tanggungjawab bantu mak ayah RM300.. berapa baki yang nak menabung?

9. Konon nak uji lelaki itu kot.. adakah dia bersungguh-sungguh mahukan anaknya, kalau lelaki itu bersungguh, pasti dia akan berusaha.. nak usaha macam mana, jika rezeki secupak, takkan dalam masa yang singkat jadi segantang kecuali, merompak dan menyamun.. atau, nak suruh bakal menantu tu hutang? bagi saya, mana-mana ibu bapa yang meletakkan hantaran yang tinggi itu sebenarnya, mahu menyusahkan anak menantu selepas berkahwin.. sebab, lepas kahwin, anak menantu tersebut terpaksa menjelaskan hutang..

10. Hal yang demikian berlaku kerana, mereka bimbang mereka malu dengan masyarakat jika nilai wang hantaran untuk anaknya rendah.. seolah-olah tiada harga.. ini satu masalah yang perlu diperbetulkan.. di mana nilai seorang muslimah itu? bagi saya, nilai seorang muslimah itu bukanlah merujuk kepada jumlah wang hantaran yang diminta atau diberikan kepada lelaki.. bagi saya, nilai muslimah BUKAN dinilai berdasarkan nilai wang..
11. Rasanya, setakat ini saja dahulu penulisan saya... saya tahu, pandangan saya ini hanyalah pandangan yang tidak memberikan kesan kepada sesiapa.. ini hanya lebih kepada perkongsian ilmu.. sebenarnya, nak mendirikan rumahtangga ini adalah satu proses yang cukup mudah.. akhir kalam, jumpa lagi..
Sekian..
Wallahua'lam..

Monday, September 13, 2010

13 September 2010

Salam..

1. Hari ini saya sudah mula bekerja..masuk pejabat pun awal..jam 8am..haha..

2. Dan hari ini, saya rasa begitu seronok sekali, kerana, hari ini, hanya 5 orang sahaja yang masuk kerja..saya dan 4 orang yang lain..

3. Ini kerana, suasana raya masih dirasai dan ramai yang mengambil kesempatan ini untuk bercuti..

Sekian..

Wallahua'lam..

Thursday, September 9, 2010

Ucapan Selamat Hari Eidul Fitri 1431H / 2010M


Salam..

1. Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri 1431H/2010M kepada semua muslimin dan muslimat di Malaysia dan saya berharap kita semua dapat berhari raya pada kali ini dalam keadaan aman,tenang serta dapat membuat lawatan ke rumah keluarga, sahabat handai bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim..

2. Tetapi, yang paling utama sekali bagi saya ialah, apabila kita memandu di jalan raya, janganlah terlalu gopoh dan tergesa-tergesa, pandulah dengan perlahan dan tenang.. yang penting, kita sampai ke destinasi yang dituju.. bukan soal cepat mahupun lambat.. jangan kerana nak cepat sangat, kita, tak sampai langsung..

3. Ini kerana, setiap tahun, kita semua berasa sedih kerana, tiap-tiap tahun, beratus kemalangan berlaku kerana hari raya.. ini bukan tujuan hari raya..

4. Akhir kalam, Selamat Hari Raya Eidul Fitri, Maaf, zahir dan batin.. semoga kedatangan Syawal pada kali ini juga meningkatkan iltizam dan semangat kita untuk terus beribadah kepada-Nya..
Jika ada yang ingin bertandang ke rumah saya, eloklah sekiranya kawan-kawan sekalian dapat memberitahu saya terlebih dahulu..=)

Sekian..

Wallahua'lam..