Wednesday, April 28, 2010

PS3 Games - God Of War III


God Of War III - Superb Games!!!



Kratus - Hero utama dalam games ni...

Salam...

1. Sekarang saya menghabiskan waktu malam saya dengan bermain games God Of War III..

2. Games ini merupakan games yang terbaru dan ianya merupakan games yang menduduki tangga pertama di US sekarang...

3. Saya memang meminati games ini sejak dari zaman PS2 lagi dan ini adalah sambungannya..bagi saya,games ini adalah games yang memiliki grafic yang cantik serta jalan ceritanya yang menarik..serupa games Metal Gear Solid 4..

4. Apapun, memang berbaloi saya membeli games ini..

Sekian..

Wallahua'lam..

Wednesday, April 21, 2010

Sibukkan Diri

Salam..

1. Sekarang saya cuba untuk memenuhkan masa-masa terluang yang ada dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat..

2. Saya berpendapat apabila kita cuba untuk menyibukkan diri,masalah-masalah bodoh dan remeh tu,kita takkan selalu fikir..bila teringat nak fikir je,kita sibukkan diri,secara automatiknya masalah itu akan hilang..

3. Saya gemar bersukan..semua sukan yang ada,saya cuba untuk main, walaupun sukan yang saya tak penah main pun sebelum-sebelum ni..dulu,badminton pun saya jarang main..dalam setahun tu, adala 3 kali main..

4. Hari isnin, joging..alhamdulillah,2.6 kilometer secara kasarnya saya berjoging pada hari isnin..

5. Hari selasa, latihan ping pong..seperti kebiasaannya pada hari selasa ni,saya akan stay back di pejabat bagi menjalani latihan ping pong..ada seorang jurulatih yang berpengalaman yang bermurah hati menurunkan ilmu kepada saya dan 3 orang kawan saya yang lain..latihan ini selalunya bermula pada jam 8.00pm sehingga 11.00pm..

6. Hari rabu dan khamis, joging..pun 2.6 kilometer secara kasarnya saya berjoging..cari stamina...hehe

7. Hari jumaat, badminton..sebenarnya badminton ni baru 3 minggu je saya main ngan rakan-rakan sepejabat..dari jam 5.30PM hingga 7.30PM..

8. Tetapi, futsal pun saya main jugak..bola padang..ianya bergantung pada kekosongan court dan padang..selalunya bila ada,kawan-kawan tel ajak main,saya akan turun bermain..futsal selalunya bermain di sebelah malam..bola padang plak,petang..

9. Sabtu dan ahad,jika ada kursus,kita kursus..itu kerja yang wajib kita laksanakan..jika tak ada apa-apa program, kita tidur..haha itu dikira sibukkan dirila jugak tu..atau jika rasa bosan, saya akan melepak-lepak menghabiskan masa di shopping compleks..;)

Sekian..

Tuesday, April 20, 2010

Liga Kepala Batas


Salam...


1. Saya cuma nak maklumkan pada kawan-kawan yang membaca blog saya ini bahawa saya akan memasuki pertandingan bola sepak 11 sebelah Kepala Batas..


2. Pasukan yang saya wakili adalah pasukan THAF F.C.


3. Kepada penduduk taman haji abdullah fahim, tolong doakan kami yea..;) kalau ada masa yang terluang tu,datangla memberikan sokongan..


4. Diatas tu adalah jadual perlawanan untuk padang Badawi..



Sunday, April 18, 2010

18 April - Hari Yang penuh Kenangan..

Salam..



1. Saya pun tak tahu nak mula macam mana..

2. Hari ini, saya berasa sangat gelisah..puas saya fikir dari pagi tadi sesudah selesai program di pejabat, kenapa saya gelisah..sampai saja dirumah tengah hari tadi,saya keluar semula ke Jusco Bukit Mertajam..pun saya tak tau apa tujuan saya ke sana..Ibu saya tanya nak pergi mana, jawab saya, jalan-jalan...tu je..huh..

3. Buang masa sorang2 di KFC kat jusco tu,makan ayam 2 ketul,termenung 2 jam sambil layan lagu dengan menggunakan earphone sony baru..XB Bass Blaster..pastu tengok orang lalu-lalang..rileks...

3. Bila sampai di rumah sekitar jam 5.00PM, baru saya teringat sesuatu..hari ini adalah hari lahir seseorang yang saya ******** dulu...so,persoalan kenapa saya gelisah dah terjawab..dah 2 tahun masa itu berlalu..namun ia merupakan kenangan yang paling susah untuk saya lupakan..

4. Dikesempatan yang ada ni, saya ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau yang ke-24, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki..

5. Sekarang saya dah ok..alhamdulillah..

Sekian..



Change

Salam..

1. Saya akan mengubah konsep penulisan saya.

2. Ini kerana ada di kalangan kawan-kawan saya memberikan komen bahawa blog saya ini terlalu 'berat' untuk dibaca. dan tiada style orang muda.

3. Saya mengambil pandangan itu sebagai satu pandangan yang positif, dan saya akan mengubah corak penulisan saya dalam bentuk point sahaja, sesimple yang boleh, tetapi masih mengekalkan konsep ilmiah.

Sekian..

Wallahua'lam

Belia Pewaris Nusa

Salam..

Baru sebentar tadi saya menghadiri satu program di pejabat saya..program tersebut adalah Program Konvoi Belia Pewaris Nusa anjuran PERDA dan JASA Pulau Pinang..

Memandangkan program tersebut bukan dari bahagian saya, dan sepatutnya saya tak terlibat dalam program tersebut,tetapi saya menerima panggilan dari sahabat saya malam tadi dan beliau meminta saya memimpin bacaan doa bagi mengantikan Ustaz Azhar yang pada yang sama mempunyai program Smart Camp di Pendang, Kedah..Jadi saya hadir bagi memimpin bacaan doa..

Semasa saya sampai di perkarangan pejabat, saya lihat ramai anak muda melayu yang hadir bagi memeriahkan konvoi ini..Alhamdulillah..saya rasa seronok sebab saya pun belia..;) hee..rasanya adala lebih kurang 150 buah motosikal yang ada termasuk motor2 besar..Konvoi bermula dari Ibu Pejabat PERDA menuju ke Kem Bina Negara Balik Pulau ini bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada generasi muda/belia tentang perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus berjuang bagi menuntut kemerdekaan daripada penjajah pada masa lalu..Majlis perasmian dan pelepasan konvoi dilakukan oleh Y. Bhg. Datuk Pengurus Besar PERDA..

Saya mendoakan agar perjalanan ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta memberi manfaat sepenuhnya kepada para peserta insyaALLAH..;)

Sekian..

Wallahua'lam...


Thursday, April 15, 2010

Tanah Melayu Yang Semakin Menghilang

Salam...



Hari ini dan semalam ialah hari lawatan pemantauan bagi program bantuan pembungkusan..Bos, saya dan Hazmin masing-masing keluar menjalankan pemantauan ke atas premis usahawan yang terlibat..Cuaca yang panas dan jarak satu tempat ke satu tempat yang ingin dituju juga agak jauh membuatkan saya mengantuk dan cepat letih..



Cuma,apa yang ingin saya kongsikan bersama sahabat-sahabat yang membaca blog saya ini ialah,Tanah orang Melayu yang semakin lama semakin hilang..Baru-baru ini,bahagian usahawan PERDA mengadakan satu program taklimat berkenaan 5'S di MPC,Kepala Batas..Taklimat ini juga turut dihadiri oleh sahabat-sahabat saya dari agensi-agensi lain yang bernaung dibawah kerajaan persekutuan,juga merupakan ahli jawatankuasa induk usahawan bumiputera.



Pada waktu makan tengahari setelah selesai sesi taklimat tersebut,maka kami dari kalangan ahli jawatankuasa duduk bersama dan berborak mengenai isu-isu semasa..Apa yang menarik perhatian saya sewaktu perbualan itu berlangsung ialah tentang penjualan tanah-tanah orang melayu kepada bangsa lain dengan sebegitu mudah..Sebagai contoh, ada satu kawasan yang mana majoriti penduduknya ialah bangsa melayu serta tanah yang ada dahulunya merupakan tanah milik melayu sikit-sikit DIJUAL kepada bangsa lain..Bila dah dijual,maka dibinanya bangunan untuk membuat sarang burung layang-layang..Dari satu,dua buah bangunan kini mencecah puluhan bangunan sarang burung layang-layang sudah naik di kawasan tersebut..



Yang menghairankan kami sewaktu perbualan tersebut ialah,kenapa mereka (orang melayu) tidak berfikir tentang masa depan untuk anak cucu mereka?Saya fikir,mereka yang mudah menjual tanah kepada bangsa lain ini ialah mereka yang inginkan keuntungan yang bersifat sementara..RM300,000 skali jual boleh habis dalam sekelip mata,tetapi tanah milik kita, dijaga, insyaALLAH mampu bertahan sampai ke anak cucu..Tanah merupakan aset yang paling berharga yang mesti dijaga...



Sahabat-sahabat sekalian,di bumi Pulau Pinang ini sendiri, jika kita bertanya tentang perumahan,nak beli rumah di sebelah pulau, paling murah pun untuk rumah teres 2 tingkat hampir mencecah RM300,000 keatas..itu untuk kondo,apartmen..kalau banglo plak,RM500,000 keatas...jika ada kuota untuk bumiputera (kos paling rendah) pun itu hanyalah sekadar diatas kertas..Hakikatnya ialah kita terpaksa membeli rumah yang mahal dan kita takkan dapat harga untuk bumiputera..mana nak mampu untuk orang2 melayu nak beli rumah semahal itu...



Jangan kerana perbuatan kita pada hari ini mengundang kesusahan kepada anak cucu kita di kemudian hari..saya teringat kata seorang kawan saya semasa perbualan tersebut, jangan suatu hari nanti, anak cucu kita datang ziarah pusara untuk membersih kubur serta sedeqah Al fatihah dan seterusnya membaca doa kepada kita bertukar mereka datang kerana marah akibat perbuatan kita pada hari ini lalu mereka kencing atas kubur kita...Nauzubillah..


Sekian sahaja untuk kali ini..

Wallahua'lam...