Sunday, March 28, 2010

Kembali ke rahmatullah...


Arwah Pak Teh Noh...Dalam kenangan...


Salam...

Malam semalam,rumah saya didatangi oleh sahabat ayah saya dari Sabak Bernam...dalam masa yang sama,saya menjadi urusetia Kursus Asas Perakaunan & Kewangan di Hotel Seri Malaysia,Kepala Batas...Setelah berbincang dengan ayah saya berikutan hotel tersebut sudah penuh (sebab,kawan ayah saya tu tiada penginapan),maka saya tidur di sana (hotel tersebut)..

Jam 12am,saya melepak2 dalam bilik sambil menonton perlawanan bola sepak dan pada malam itu juga, kelab kesayangan saya iaitu Manchester United akan bermain jam 1.15am waktu Malaysia...So,saya tunggu...


Setelah selesai saya tengok game MU,saya terlena dan tiba2 telefon saya berbunyi...Ibu saya call,dan memaklumkan bahawa pak teh saya,sudah meninggal dunia...Innalillah...baru minggu lepas,ayah saya menziarahinya di sana...justeru itu,ibu saya memaklumkan bahawa ibu dan ayah saya akan bertolak kesana (Kuantan,Pahang) jam 4am...

Arwah pak teh sudah lama sakit...baru2 ini, dia mengalami stroke...dan 2 malam yang lalu,anak saudaranya memaklumkan kepada ayah bahawa dia dimasukkan semula ke hospital...Janji ALLAH itu pasti...tak pela...saya berdoa,semoga rohnya dicucuri rahmat...segala kenangan bersama arwah,akan terus diingati...

"Berpisah Sudah, segalanya, yang tinggal hanyalah kenangan..."

Al-fatihah...

wallahua'lam...

Wednesday, March 24, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Terkilan

Salam..

Saya merasa sedikit terkilan pada hari ini..Sepatutnya,saya telah berjanji dengan ayah saya untuk mengikutinya ke Kuantan besok bagi menziarahi abang beliau (pak teh saya) akibat strok..tetapi,saya menerima arahan pada petang tadi untuk menyelesaikan beberapa perkara yang agak penting dan perlu disiapkan perkara tersebut selewat2nya hari jumaat...apabila sampai diumah,ayah terus bertanya,

"Apis,macam mana?leh pegi tak?nanti leh tukar2 driver ngan ayah..."

Ish,saya diam seketika..tapi kena jawab gak soalan tu..

"Tak leh lagila ayah.."

Jawab saya ringkas..

Ini adalah kali keberapa ntah,saya tidak mengikut serta apabila diajak untuk kemana2...hal yang sedemikian berlaku kerana kerja yang saya terima tidak henti-henti..

Tak pala,sampai satu masa nanti,saya akan membuat jasa kepada ayah...teringat kata ibu saya sebentar tadi,

"tak pela,nak wat macam mana..dah kerja..selesai dulu keje tu..nanti bila ada rezeki nanti,kita balik sama2.."

Thanks kerana memahami..

Kerja...
Kerja...
Kerja...

Wallahua'lam...

Sunday, March 14, 2010

Heal The World..

Salam...

Saya rasa ingin menulis berkenaan dengan bumi kita skarang...semasa dalam perjalanan pulang dari menjaga kursus membaiki telefon bimbit sebentar td,saya melihat,kawasan sawah padi yang dahulunya terbentang luas,sekarang sudah semakin sedikit ekoran diturap n dibuatnya rumah besar2..herm..

Kemudian,dalam masa yang sama,apabila saya mendengar radio,saya dikejutkan dengan isu pembalakan haram tak pernah berkesudahan..apela nak jadi ni...takkan tak ada kesedaran langsung dalam diri mereka tentang perbuatan mereka itu?

Saya pernah terbaca dalam satu keratan akhbar, Hutan Hujan Asia Tenggara sangat penting bagi hidupan semakin berkurangan pada kadar 30% lebih tinggi daripada apa yang kita fikirkan sebelum ini...ini bukanlah satu angka yang direka2 oleh saya..ini adalah berdasarkan laporan dari Rapid Response, Program Alam Sekitar PBB (UNEP). dalam laporan itu juga ada menyatakan bahawa hutan hujan semulajadi Sumatera dan Borneo juga sedang ditebang dengan berleluasa sehinggakan 98 peratus mungkin dimusnahkan menjelang 2022 jika tiada tindakan segera..herm...

Pembalakan haram, didorong oleh permintaan global, menyumbangkan kepada kemusnahan berpuluh juta meter persegi hutan setahun dan dianggarkan lebih 73 peratus pembalakan itu berlaku di Indonesia, tak termasuk di Malaysia dan juga lain2 negara di Asia..

UNEP berkata kira-kira 20 peratus kayu balak diseludup keluar dari Indonesia, bakinya digunakan untuk menyokong industri kayu antarabangsa dan tempatan dan kemudian dieksport ke pasaran antarabangsa oleh rangkaian komersil yang terancang..

Dahla bumi sekarang semakin panas...Hutan2 yang ada ditebang dan semakin banyak kilang2 yang mengeluarkan sisa2 toksid, asap2 yang berbahaya, kimia..perkara2 itu mengakibatkan nipisnya ozon..saya risau bumi akan menjadi lebih panas sekiranya tiada usaha untuk mencegahnya dilakukan..jika saya ada kuasa untuk memerintah, saya akan bagi hukuman yang paling keras kepada orang yang memusnahkan alam sekitar..

Saya teringat akan sebuah lagu MJ, Heal The World, banyak unsur2 nasihat yang bleh kita dapati di dalamnya..bagi saya,secara peribadi, jika usaha untuk melindungi bumi ini tidak dilakukan dari sekarang dan juga tiada usaha dilakukan secara bersama dan bersepadu, tidak mustahil suatu masa nanti, masa depan anak cucu kita akan sengsara..

"Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me"

I LOVE EARTH..

Wallahua'lam...

Tuesday, March 9, 2010

Manchester 2010

Salam..

Petang semalam saya dikejutkan dengan satu berita bahawa keluarga saya akan ke beijing pada pertengahan tahun ini..pemergian mereka ke sana adalah untuk urusan bercuti dan saya tidak dapat turut serta..saya berasa sedih..

Sejurus selepas itu,saya memaklumkan niat saya kepada ayah serta ibu yang hujung tahun ini insyaALLAH,saya akan ke Manchester iaitu di old Trafford..dan alhamdulillah,reaksi mereka begitu memeranjatkan saya...mereka mengizinkan saya pergi..alhamdulillah!!!

Mulai saat dan ketika ini,segala OT saya,saya akan simpan untuk merealisasikan impian saya ke sana..mudah2an dengan izinnya,saya dapat ke sana..saya memohon kepada sahabat2 yang membaca blog ini mendoakan agar impian saya untuk ke sana tercapai..

Wallahua'lam..

Saturday, March 6, 2010

Sound Bites - Mengaku Kalah

Salam..

Akhirnya saya mengaku kalah..saya tewas..memang saya ni seorang 'the loser'...dan saya juga tidak mempunyai kelebihan dalam bidang itu..

Sejak dari awal lagi saya sudah dapat merasakan bahawa perkara ini tidak menjadi kenyataan..saya kembali menjadi normal..seperti biasa..

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan yang memberi sokongan moral kepada saya..sesungguhnya, ALLAH jua yang akan membalas jasa baik kalian..

Ini adalah norma kehidupan..gembira,kecewa,suka dan duka..yang berlalu itu dinamakan kenangan..yang mendatang itu dinamakan perancangan..mudah2an ALLAH sentiasa bersamaku..

Change..

Wallahua'lam..

Kursus Ketrampilan Diri & Imej Positif

Salam..

Pada 6-7 Mac 2010,saya akan ke Naza Hotel, Tanjung Bungah bagi menguruskan (urusetia) kursus tersebut..

Tugas tetap tugas...doakan semoga segalanya berjalan lancar..

Wallahua'lam..