Wednesday, March 3, 2010

Laksa..Makanan Kegemaranku..

Salam..




Sepatutnya,saya berlepas ke KL jam 1 petang tadi..oleh kerana ada masalah yang tak dapat dielakkan iaitu kembalinya ke rahmatullah bapa saudara En Asri, maka waktu berlepas dijangka pukul 3 petang..sekarang jam 2.45 petang,masih sempat menulis..hehe..

Jadi,masa yang ada dari pagi td sehinggala waktu ini,saya manfaatkan sepenuhnya..pertama,saya ke kedai motor untuk menghantar dokumen report polis untuk claim insurans,kemudian,saya pegi balun laksa...(seperti di atas) hee...

Laksa ni mmg laksa kegemaran..setiap kali kalau pegi makan je,minimum 2 pinggan..=) so,ari jumaat plak bleh ketemu lagi laksa ni..ok,nak continiu packing baju..

Wallahua'lam...

Tuesday, March 2, 2010

Sound Bites - Keyakinan Diri

Salam...

Selama setahun sentengah yang lalu,saya adalah seorang yang tidak mempunyai semangat keyakinan diri..saya pun tidak pasti mengapa berlakunya situasi sebegitu..

Cuma saya rasa,skarang ini saya perlu serapkan semangat keyakinan diri di dalam diri saya..bila nak wat sesuatu,kena ada keyakinan diri,insyaALLAH,akan berhasil..

InsyaALLAH,selepas ini,saya tidak mahu lagi teragak-agak dalam melakukan sesuatu dan akhirnya hilang semangat untuk mula mencuba..ini kerana orang yang ada rasa yakin diri sanggup mendepani apa saja yang akan berlaku, terus buat lebih dari sekadar mencuba-cuba..saya akan rugi sebab langsung tak mencuba, tak membuat dan tak ada inisiatif untuk mula mencuba, walaupun sekadar hanya untuk mencuba sedikit..orang kata apa,nak test ar..haa,lebih kurang mcm tu..

Ini kerana bagi saya, orang yang ada sikap semangat keyakinan dalam ini adalah orang yang berani..tapi kenala tenang...=) tenang ni tak bermaksud air mukanya itu sempoi, tp bermaksud mahir mengawal emosi, tindaka dan kata-katanya terkawal serta pendapat yang baik dan bernas..

Tapi adakah saya ni seorang yang tenang?=)
(herm,mungkin tak lagi kot..hee..tp akan usaha ke arah itu..)

Wallahua'lam..

Sound Bites..

Salam...

Pertamanya,apa maksud Sound Bites itu? sape leh bantu?

Herm..pelik sungguh malam ni..komputer di umah tak mau hidup..barangkali masuk virus kot..saya ingin mengakses lagu yang ada dalam komputer tu untuk dipindah masuk dalam komputer riba saya ni..tapi tak pala...lusa,bawa saja ke kedai untuk diperbaiki..

Petang td,saya fikir nak pergi ke kedai moto untuk menghantar laporan polis berhubung kehilangan moto bagi urusan claim insurans..keluar pejabat pun awal pada hari ni,untuk menghantar bos ke sebuah kedai moto di perai..

Sejurus tiba diumah,saya baring2 sekejap..last2,saya tertido sampai jam 8PM..huuu..best giler..=) tak pala,insyaALLAH,hari jumaat saya akan cuba untuk selesaikan urusan claim2 ni..

InsyaALLAH,besok tengah hari saya akan ke KL..untuk menghadiri seminar penghayatan bahasa AL-Quran yang akan berlangsung pada hari Khamis..ada pembentangan kertas kerja dari tokoh2 ilmuwan islam yang hebat..saya berdoa semoga perjalanan besok mendapat keberkatan dari-Nya..Amin..

"Sesungguhnya,apa yang ada di dunia ini adalah milik-Nya..Nikmat yang ALLAH kurniakan kepada kita hanya pinjaman.." saya perlu ingat perkara ini sampai bila-bila..

Wallahua'lam..

Tekanan dan Bosan

Salam..

Saya menggunakan komputer riba kawan untuk update blog saya ni kerana dia menggunakan broadband yang tiada kena mengena ngan line pejabat...sebab komputer/line di pejabat,mereka sekat untuk mengakses ke laman web blog..

Hari ini,saya berasa sangat tertekan dan bosan..huhu..saya jenuh memikirkan kenapa saya jadi begini..

Mungkin kerana susunan jadual untuk program lawatan kot..sebab bila nak susun jadual lawatan,kita mesti amik kira susunan tempat..dari mula lawatan tu,yang paling jauh sehinggala yang paling dekat dengan pejabat..herm..

Walaubagaimanapun,ini merupakan kerja yang harus dilakukan..

Satu lagi kemungkinan,mungkin hati tak senang kot..jadi saya pun amik sedikit masa untuk meluahkan dalam blog ini..bagi saya,elok juga ada blog..=) bleh luahkan masalah, pandangan dan pendapat secara peribadi dan insyaALLAH,blog ini takkan dihebahkan kepada public..Setakat ini,hanya awk sorang je yang tahu wujudnya blog yang merapu ni..=) tu pun ntah awk bace ke idak..hehe..saya yang SS..

haish,sambung keje,sambung keje..

Wallahua'lam..

Sekian...

Monday, March 1, 2010

Muzik dan Kenangan...

Salam..

Sebenarnya,bagi saya,muzik ni memainkan peranan dalam hidup seseorang..=) bagi saya,secara peribadi,apabila saya mendengar sesuatu lagu misalannya,pasti saya akan teringat zaman kegemilangan muzik tersebut..

Sebagai contoh,apabila mendengar lagu Rabbani,Hijjaz,Raihan dan lain-lain kumpulan nasyid,pasti saya teringat zaman sekolah menengah di Klang tahun 1999 hingga 2001...=)

Bila saya mendengar lagu UNIC, Mahligai Kasih, saya pasti teringat saat saya kemalangan pada tahun 2005 yang mengakibatkan kecederaan yang teruk di muka dan pergelangan tangan kanan..

tapi itu semua tak penting..saya cuba create satu kenangan yang baru insyaALLAH..=) skarang saya selalu mendengar lagu shimmering horizon dan apabila saya mendengar lagu ini,saya pasti akan teringat pada Follower saya..=) hal yang sedemikian kerana,semasa saya mula2 YM dengannya, saya mendengar lagu tersebut..hee..hampir setiap masa saya mendengarnya..insyaALLAH,10 tahun atau 20 tahun akan datang skalipun,jika saya mendengar lagu ini,saya pasti akan teringat saat perkenalan dengannya...berakhir mcm mana,kita tak tahu..semua ketentuan yang esa..

wallahua'lam..=)

Imej Diri dan Leader..

Salam..

Semakin seronok pula menulis Blog..=) Terima kasih kepada yang sudi membaca..

Di Pejabat tadi,saya didatangi oleh seorang usahawan yang saya fikir usianya dalam 30-an..beliau bertanyakan tentang program kursus..cuma apa yang tak tahan ialah,dia menggelarkan saya ni abang..=) dalam hati,"dah tua rupanya aku ni.." dan saya pun terus menyatakan bahawa tak perlulah berabang2 dengan saya,lalu saya bertanyakan umur usahawan tersebut,dan dia menyatakan bahawa beliau berumur 31 tahun..justeru itu,saya pun bertanya lagi kepadanya,"tuan agak2,umur saya ni berapa?" sambil saya tersenyum..lantas dia menjawab,"tengok muka tu nampak mcm dah 30..." lantas saya tersengih.."Ya ALLAH,tua sangat ka aku nih..." bisik hati kecil ni..saya pun menjawab,"umur saya baru masuk 24 tahun.." dan reaksi usahawan tu seolah mcm tidak mempercayai jawapan yang diberi..hehe..dan perbualan tentang kursus diteruskan..

Setelah selesai,saya fikir,imej saya yang berjambang ni kot yang org leh cakap saya ni umo sedemikian..saya ingin membuang jambang ini..tp nantilah,sampai masa nanti,saya akan buang..cuma skarang ini,masa itu belum sampai lagi..=)

Cerita lain pula,saya teringat semasa saya menjadi urusetia kursus di Pengkalan Hulu yang lalu,saya ada bersembang ngan sorang Bos Kanan saya...jadi, saya ingin berkongsi sesuatu tentang apa yang kami bincangkan pada mlm selepas perasmian kursus tersebut..

Katanya macam ni..

"Dalam kita menjadi leader (ketua) bagi sesuatu organisasi atau apapun pertubuhan,baik organisasi di pejabat dan lain2,parti politik,perkara ni mesti kena ingat,apabila kita wat sesuatu keputusan atau perkara,akan ada orang sebegini:-

1. 10% penyokong kuat, buat pilah apa pun,diorang akan sokong...

2. 40% yang pertama, benda yang elok, diorg sokong...

3. 40% yang kedua, akan ada orng yang banyak soal, antara sokong dengan tak sokong dan

4. 10% lagi, buat pila apa pun, diorang takkan sokong..."

Saya pun termenung....=) namun itulah realitinya..bukan mudah untuk menjadi leader..takkan ada semua orang yang berpuas hati dengan apa yang kita lakukan..

wallahua'lam..

Makan Banyak..

Salam...

Hari ini merupakan hari permulaan kerja setelah saya berehat selama 3 hari bermula hari jumaat yang lepas..Pagi ni,saya pergi kerja dengan menaiki kereta..Apabila tiba sahaja di pejabat,saya buka diary n mendapati bahawa hari ini ada mesyuarat Bahagian Pembangunan Ekonomi jam 9.00AM..

Mesyuarat bermula jam 9.00AM dan tamat pada jam 1.00PM..

Pada sebelah petang,saya didatangi oleh beberapa org usahawan yang bertanyakan tentang pinjaman mudah dan juga kursus anjuran pejabat..layanan diberikan sebaik mungkin..=) tepat jam 4.00PM,saya masuk pantri untuk solat zuhur dan saya ternampak bungkusan MAGGIE perasa ayam..lapar punye pasal,saya masak sebungkus..selesai solat,saya pun menjamah MAGGIE tersebut..

Apabila tamat waktu bekerja,saya dihubungi oleh sahabat saya untuk minum petang di kiosk Bertam..oleh kerana lama tak bersua muka,maka saya pun bersetuju untuk hadir minum bersama..dalam hati,ish,takkan nak makan lagi kot..tak pa,saya pun namau fikir bab makan..cuma ingin minum saja..=)

Apabila sampai saja,secara automatik,saya terorder ayam half...MasyaALLAH..terkejut seketika,tp saya tidak membatalkan pesanan..sampai2 saja makan yang ditempah,saya terus menjamah..Alhamdulillah..kenyang..=)

Cuma tula,Nabi S.A.W pesan,makan apabila kita lapar dan berenti sebelum kenyang..cuma saya rasa,hari ni,saya makan terlalu banyak berbanding hari biasa..herm..

InsyaALLAH,petang besok baru saya akan menjamah makanan semula..hee